'Sedih Melihat Masjid Masih Kosong, Warganet Luah Rasa Kecewa Tiada Usaha Imarahkan Rumah Allah'…

 


Terdapat beberapa lontaran pandangan dari warga netizen di mana mereka solat jumaat tadi, masjid masih lagi kosong, sedangkan kapasiti sesebuah masjid boleh lebihkan lagi makmum walaupun mengikut sop.


“Jika kita lihat sebuah masjid boleh memuat 2000, 3000 orang jemaah kenapa tak tambah lagi jumlah bilangan, penjarakan tetap juga dilaksanakan, wajib memakai mask, bawa sejada sendiri, tapi kita sedih tiada usaha ke arah itu” katanya.


“Agaknya ada juga orang yang lupa hari ini hari Jumaat, sop tetap 300 tapi yang datang tak sampai 100 jemaah hari ini”..ujarnya lagi.


Pihak berwajib dan masyarakat perlu memain peranan lebih penting selepas ini, bagi mengimarahkan masjid iaitu rumah Allah.


Terdahulu kerajaan telah meluluskan perjalanan percutian ke Pulau Langkawi  buat rakyat Malaysia. Dianggarkan berpuluh ribu rakyat yang sudah sampai di pulau itu bahkan mungkin akan bertambah lagi dalam masa terdekat ini.


Tambahan lagi rakyat jangan lupa sop-sop yang masih wajib diikuti bagi menangani wabak ini berjangkit dan menular, setelah hampir masuk dua tahun pandemik ini berlaku dan kita masih belum menang.


Kita akan menang bila kesedaran rakyat untuk mengambil vaksin tinggi dan peratus mencecah 80% rakyat menerima vaksin tercapai, ujarnya.

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s