Kerajaan Setuju Laksana Pemberian Dos Ketiga Vaksin COVID-19 – Ismail Sabri

 

Dato’ Ismail Sabri sedang menerima vaksin Pfizer bagi barisan hadapan

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 dalam usaha meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan daripada risiko jangkitan pandemik berkenaan.


Golongan Rentan – Merujuk kepada United Nation Electronic Government Development Index Survey (UNEG-DI), Golongan rentan atau vulnerable groups terdiri daripada Wanita, Warga Emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), Orang Miskin, Belia, Pelarian atau Imigran.


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keutamaan pemberian dos ketiga itu akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan dan pesakit kurang daya tahan imun (terimunokompromi).



Selain itu, beliau berkata turut diberikan keutamaan adalah warga tua dengan komorbiditi serta individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang dan kesemuanya akan dilaksanakan apabila liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.


“Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.


“Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Ismail Sabri berkata kesemua perincian berhubung pelaksanaan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 akan diumumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. 


Manakala status sijil lengkap vaksin yang dah selesai akan dikira belum selesai kerana menunggu vaksin ketiga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s