Ustazah Asmak Husin Dikecam Netizen Sebab Tegur Lukisan Bentuk Bunga Menyerupai Organ Intim Wanita

 


Ustazah Asmak Husin merupakan pendakwah yang aktif dengan ceramah motivasi keluarga. Pada 2 hari lepas beliau memuat naik status di laman sosialnya yang menegur sebuah syarikat terkenal yang mengeluarkan produk berkaitan dengan tuala wanita. 


Pelancaran  produk baru mereka mencetuskan kontroversi kerana pada pembalut tuala wanita tersebut dicetak bunga yang berbentuk seakan-akan organ intim wanita. 


Ustazah Asmak menyatakan syarikat tersebut tidak menghormati wanita. 



Walau bagaimanapun, statusnya telah mendapat respond warga net yang rata-rata mengecam tindakannya. Menurut mereka syarikat tersebut banyak membantu dalam menjalankan kempen penjagaan organ intim wanita. 



Salah satu contoh kempen daripada syarikat tersebut iaitu memeriksa sendiri organ intim dengan menggunakan cermin dan melihat sekiranya ada jangkitan di sekitar miss V. Kempen ini dikatakan banyak membantu wanita untuk peka dalam penjagaan organ intim mereka.


Selain itu, warganet juga mengatakan lakaran bunga di bungkusan tuala wanita tersebut karya seni gambaran bunga. Ia seperti bunga telang. Oleh itu, bagi mereka tiada sebab Ustazah Asmak menimbulkan isu tersebut. 



Namun, Ustazah Asmak tetap dengan pendiriannya dengan menegur syarikat besar supaya tidak mengeksploitasi wanita Islam khususnya dengan iklan yang tidak sesuai dengan rakyat Malaysia. Beliau juga telah bekerjasama dengan Majlis Wanita Yadim dan badan ngo Islam yang lain  dalam usaha mengekang syarikat yang  dilihat mengeksploitasi wanita di dalam iklan. 


Apa kata anda?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s