'Sikap Terpuji Bomba, Menjumpai Sesuatu Bernilai Buat Mangsa Kebakaran Rumah'

 

Kota Bharu Kelantan, Sikap sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan wajar dipuji apabila bertindak memulangkan semula kepada mangsa barangan kemas bernilai RM20,000 yang ditemui dalam timbunan sisa kebakaran sebuah rumah di Kampung Tembesu, Limbat di sini pada Ahad.


Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Penolong Penguasa Bomba, El Taraff Mohd Zachariah berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 5.21 petang.


Beliau yang juga komander operasi berkata, pasukan bomba kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 5.26 petang sebelum mendapati api marak membakar sebuah rumah berukuran 609.6 meter persegi.


“Api dipercayai bermula dari bahagian belakang rumah ketika empat penghuni berada di dalamnya, namun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri dan tidak cedera serta tidak ada korban nyawa.


“Pasukan Keluaran Operasi juga berjaya menemui sejumlah barang kemas dan menyerahkannya kepada keluarga mangsa yang terlibat,” katanya.


Pihak bomba menjumpai barang kemas dianggar RM20,000 dalam timbunan sisa kebakaran dan menyerahkan kepada keluarga mangsa


Pemilik barang kemas berkata beliau terharu dengan sikap ahli bomba selepas rumah mereka musnah tetapi masih lagi ada harta yang dapat balik, dengan ucapan terima kasih katanya.


Katanya lagi, dia yang sudah jatuh tapi nasib belum ditimpa tangga lagi kerana rumahnya yang musnah tetapi ada lagi barang kemas RM20,000 dipulangkan semula pihak bomba.


Ujar beliau, operasi membabitkan 11 anggota iaitu enam dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh manakala lima dari BBP Tunjong bersama dua jentera bomba.


“Usaha menyelamat turut dibantu oleh enam anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiga kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.


“Hasil pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan 85 peratus bahagian rumah itu,” katanya.


Beliau berkata, Pasukan Keluaran Operasi bertugas turut berjaya menghalang kebakaran daripada merebak.


“Api dapat dapat dikawal sepenuhnya pada jam 5.41 petang dan operasi selesai pada jam 7.23 malam.


“Punca kebakaran dan taksiran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.


Empat penghuni yang duduk rumah tersebut melihat api marak sedang memusnahkan rumah itu


“Apabila kita menyebarkan kebaikan walaupun sepotong ayat, kelak kebaikan juga yang akan datang kepada kita, apabila anda kongsi artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikan. InshaAllah lebih ramai yang akan mendapat manfaat”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s