Rekod Jena.yah (Baca) – Pembu.nuh Termuda Di Malaysia

 


Kebiasaan pembu.nuhan kanak-kanak ini berlaku di luar negara, malahan ada juga sesiapa yang pernah membaca berkenaan 1 kes pembu.nuhan termuda di dunia yang berlaku di India. 


Bagaimana pula di Malaysia, berapakah umur yang termuda pernah dicatatkan? 


Berdasarkan current law di mahkamah terdapat 1 kes pembu.nuhan yang mana pembu.nuhnya berusia 12 tahun 9 bulan dan mangsanya berusia 11 tahun. Seperti sedia maklum kes-kes berat ini tidak boleh letak nama, mereka hanya meletakkan initial abjad name sahaja.


Dalam kes ini Pendakwaraya Lawan KK Tahun 2007, diputuskan pada tahun 2007, kejadian berlaku pada mei 2002 tertuduh atau KK telah pergi ke rumah cikgu tuisyennya dan apabila sampai di rumah cikgu tuisyennya sebenarnya cikgu tuisyen tiada di rumah. Yang ada hanyalah anak cikgu tuisyen iaitu si ma.ti.


KK tiba pada jam 3.30 petang dan di dalam rumah itu hanya ada KK dan si Ma.ti. Selepas itu pada jam 4.30 petang terdapat seorang ibu ingin menghantar anaknya, masa tu si ibu ni ternampak KK keluar dari rumah dan kemudian KK berkata “Cikgu kata hari ini tiada tuisyen dan dia ganti hari lain”.


Berdasarkan si ibu tadi, dia ternampak baju KK basah dan dia kelihatan berpeluh-peluh.  Tak tahulah sama ada dia mencuci darah atau sebagainya. Selepas KK bercakap dengan si ibu tadi kemudian ada seorang lagi pelajar 9 tahun baru sampai. Ayat yang sama KK cakap “hari ni takde tuisyen”. 


Kemudian KK dan si ibu tadi telah pulang ke rumah masing-masing dan cikgu tuisyen ni pulang ke rumah dan mendapati anaknya berada dalam keadaan berlumuran darah. Kemudian ibu mangsa telah pergi ke dapur mendapati ada pisau telah hilang. Ibu mangsa terus hubungi KK dan bertanya “what happened to my daughter”. Kemudian KK menjawab “Im sorry teacher, im sorry i dont know why im doing it”.


Selepas hasil siasatan mendapati mangsa telah diti.kam sebanyak 20 tika.man dan 4 kesan teta.kan. Kes ini dilakukan oleh seorang berusia 12 tahun 9 bulan. Selepas polis memanggil KK untuk mendapatkan keterangan KK menunjukkan di mana dia membuang 3 bilah pisau dan pakaian yang digunakan sewaktu melakukan pembu.nuhan itu. Di mahkamah, KK telah dibicarakan.


Bagi kes begini KK masih dibicarakan seperti orang dewasa, bermakna keterangan KK akan diambil dan keterangan segala pakar, pakar forensik, pakar psikiatri, atau pakar-pakar yang terlibat untuk menentukan keterangan kes telah dipanggil dan juga saksi kejadian seperti murid lain dan ibu tadi.


Di mahkamah keterangan kanak-kanak boleh dipakai sekiranya sebab ada penilaian dari mahkamah akan tentukan. Sebelum itu ada seorang pakar psikiatri telah dipanggil untuk menceritakan keadaan psikologi KK. Sebab siapa yang tak hairan dan sangka budak 12 tahun 9 bulan melakukannya kerana kalau orang dewasa yang normal boleh tak agak lakukan benda ni?


Apabila pakar tadi dipanggil untuk memberi keterangan, berdasarkan penceritaan KK pada pakar itu, “sewaktu menunggu cikgu hadir, si ma.ti telah mengejek KK dengan panggilan fatty (gemuk) dan stupid (bo.doh). Kemudian dikatakan bahawa si ma.ti sengaja membuka radio dan naikkan volume. 


Dikatakan juga si ma.ti telah membawa pisau dan mencabar KK, pakar psikiatri mengatakan kejadian ini adalah satu kejadian yang sangat malang dimana KK telah diletakkan dalam situasi yang tidak dapat menghalang dirinya. Tetapi mahkamah memutuskan bahawasanya mengambil kira latar belakang KK dan mengambil kira umur KK, sebab KK ini terlalu muda adakah dia akan dikenakan hukuman gantung?


Selepas menilai segala keterangan dan mengambil kira dimana dia menunjukkan pisau dan didapati bahawa KK telah menyebabkan kema.tian kepada mangsa dan dia tahu bahawa perbuatannya secara meni.kam itu telah menyebabkan kema.tian maka dia telah melakukan kesalahan bu.nuh. 


Tetapi undang-undang di Malaysia di bawah seskyen 97 Akta Kanak-Kanak memperuntukkan tiada hukuman ma.ti kepada kanak-kanak. 


Jadi dalam kes ini KK ditahan sehinggalah mendapat pengampunan daripasa Yang Dipertuan Agong. Dalam kes ini juga membuktikan bahawa, sejauh mana tahap kanak-kanak boleh melakukan jenayah sebegini, sebab itu ibu bapa kena hati-hati dengan kanak-kanak yang terdedah dengan internet, sosial media, dan cerita-cerita sekarang ini kalau kita tengok  ada sesetengah cerita dia tidak ada tapisan lagi.


Bila tidak ada tapisan dari sini kanak-kanak belajar dari salah satu contoh iaitu cerita seram, kalau kita tengok KK tadi bagaimana dia mampu meni.kam, bukan mudah untuk meni.kam sebanyak 20 tika.man dengan 4 teta.kan dan dia boleh berfikiran untuk menyembunyikan senjata tadi di dalam longkang beserta baju. 


Jadi ibu ayah perlu berhati-hati dalam mendidik anak-anak, sentiasa memantau anak-anak kita sebab selain daripada kejadian kes KK ini, kita juga lihat ada kes yang dilaporkan bagaimana kanak-kanak melakukan kesalahan sek.sual dalam berita, ia sangat membimbangkan.


Kita sebagai ibu bapa, tolong pantau pergerakan atau apa yang ditonton oleh anak-anak kita dan jangan dibiarkan terlalu bebas. Mereka terlalu muda untuk tahu kesan dan perbuatan mereka itu sebenarnya boleh menjerumus kepada masa depan misalnya dalam situasi KK ni. 


Andai dapat kita boleh ulang balik masa mungkin kita berharap tidak akan berlaku seperti situasi ini termasuklah keluarga mangsa dan KK tadi.


 “Apabila kita menyebarkan kebaikan walaupun sepotong ayat, kelak kebaikan juga yang akan datang kepada kita, apabila anda kongsi artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikan. InshaAllah lebih ramai yang akan mendapat manfaat”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s