30% Penjual Ayam Tidak Bersetuju Jual Ayam Pada Harga Bawah RM9.50/Kg, Lagi 70% Bersetuju Jual Pada RM9.50/Kg Dan Kebawah

 

Selangor Sebanyak 72.86 peratus dari 300 premis yang membekal dan menjual ayam di Selangor bersetuju untuk menjual ayam sekilogram RM9.50 atau lebih rendah.


Menurut Exco Hal Ehwal Agama, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni, pemeriksaan harian dijalankan seperti biasa di seluruh negeri dalam tempoh tujuh hari sejak 13 september hingga 19 september lalu, dengan menfokuskan kepada peniaga ayam di pasar awam dan basah.


KPDNHEP Selangor telah memantau bagi mengawal harga ayam yang mana tertakluk di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 melalui mekanism kawalan yang dikuatkuasakan melalui perundangan anti-pencatutan.


Selepas situasi kenaikan harga ayam yang mendadak di pasaran baru-baru ini, pihak berkuasa mula memeriksa premis-premis yang terdiri daripada pembekal dan peruncit.


“Daripada 300 premis yang diperiksa sebanyak 70-80 premis iaitu 25% premis bersetuju menurunkan harga serta merta kepasa RM9.50 sekilogram.


“Manakala selebihnya sebanyak 1.7% iaitu dalam 5 premis bersetuju secara bersyarat jika pembekal dapat menjual harga borong yang lebih rendah barulah mereka atau penjual-penjual ayam menurunkan harga”.


Setakat ini dalam pemantauan masih lagi penjual ayam menjual sekitar RM8.50 sehingga RM9.50.


“Secara keseluruhannya, kedudukan harga ayam di pasar-pasar awam utama dan premis runcit di Selangor menunjukkan prestasi baik dengan kerjasama daripada peniaga yang patuh untuk menurunkan harga jual.


“Antara pasar awam yang mula menurunkan harga jualan ayam kepada RM9.50 adalah seperti Pasar Awam Pekan Subang; Pasar Awam Kajang; Pasar Selayang Baru di Gombak; Pasar Awam Bukit Sentosa di Kuala Kubu Bharu; Pasar Awam Sungai Pelek di Sepang dan Pasar Awam Sungai Besar di Kuala Selangor,” katanya.


“Pengguna digalakkan terus membuat pembelian secara bijak dengan sentiasa membuat semakan dan perbandingan harga berdasarkan lokasi semasa pengguna dalam radius 10 kilometer menggunakan Aplikasi Price Catcher,” katanya.


Pengguna di Selangor yang mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan boleh dibuat melalui saluran rasmi yang disediakan iaitu di portal e-aduan@kpdnhep.gov.my; Call Centre 1800 886 800; e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my; Aplikasi telefon pintar Ez ADU; Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245/6088; atau menerusi aplikasi Whatsapp ke 019-279 4317.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s