'Seorang Ibu Viral Selepas Menyertai Challenge "Bayi Paling Hodoh" di Tiktok..'

 

Semua ibu bapa mengharapkan perkara yang baik-baik untuk bayi mereka yang baru lahir, bahkan ada yang terlampau obses berkata ‘anak aku yang paling comel’. 


Setiap tahun boleh dikatakan di Amerika satu keluarga boleh mendapatkan tajaan syarikat pemakanan Gerber, seterusnya meletakkan wajah bayi mereka di seluruh media sosial dan mendapat barang bayi percuma jika terpilih disebabkan bayi mereka terlampau comel.


Tetapi seorang ibu ini bernama Baehr tahu anaknya tidak dilahirkan sebagai bahan model (muka hodoh) menyebabkan si ibu ini memasuki Cabaran Bayi Hodoh di Tiktok.


Menerusi video Baehr di Tiktok @lucybaehr, dia telah memuatnaik videonya dari sejak hamil lagi. Apabila lahir dia menyangka bayinya kelihatan seperti dia, namun mengikut muka suaminya.

@lucybaehr She’s had quite the glowup #DontSpillChallenge #wholesome #babiesoftiktok #newborn ♬ chicken tikka – hannah


Video Baehr telah menjadi viral, sehingga mendapat 28 juta tontonan, 4 juta suka, dan 51 ribu komen. 


Ramai yang mengatakan bayi itu seperti ayah “Dia adalah anak ayahnya,” satu orang lagi mengulas secara keji “Ini kesalahan suami anda berwajah buruk..” dengan emoticon bergurau.


Ada juga menyatakan “Dia kelihatan seperti Mr. Bean,” kata seorang TikToker. 


Terlihat ramai lagi yang komen “Ibu: Adakah lelaki atau perempuan? Doktor: Rupanya John Goodman,” kata yang lain, merujuk kepada pelakon. 


John Goodman

Tetapi tidak ada yang gelak dengan komen itu. Seorang komentar juga ada menyebut Baehr ‘tidak layak’ menjadi ibu, mana ada seorang ibu yang memanggil bayinya hodoh,  anda seorang ibu yang mengerikan. Dia akan membesar dengan masalah keyakinan diri apabila melihat video-video anda untuk cabaran bayi paling hodoh..”



Kata Baehr dia tidak benar-benar menganggap anaknya hodoh dan dia benar-benar ingin menyampaikan mesej yang lebih besar: “Tidak semua bayi sempurna atau kelihatan dengan cara kita mahu, dan itu semuanya baik..” katanya.


“Setakat ini hasil daripada video yang viral itu banyak syarikat menghantar barangan bayi secara percuma” kata Baehr lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s