Nenek Alif Syukri Meninggal Dunia Sebentar Tadi

 


Nenek Alif Syukri Hajah Aminah Binti Satar telah meninggal dunia sebentar tadi dan telah selamat dikebumikan. Beliau mengadu sesak nafas sebelum meninggal dalam   perjalanan ke hospital. 


Alif Syukri turut meluahkan rasa kesedihannya kerana menurutnya inilah perjalanan dalam hidupnya yang paling menyedihkan 


“Perjalanan yang paling menyedihkan.. ketika ini duit tak mampu beli nyawa nenek.. walapun mak @bondarozitaibrahim dah habis ratusan ribu dan sy dah iktiar semampunya saya😰akhirnya nenekku pergi buat selama lamanya ..kri akan sentiasa rindukan nenek.. tidak lekang mendoakan kri berjaya walapun ketika kri berniaga di pasar di tepi jalan..nenek selalu cakap “cucu nenek hebat”.. nenek yg menjaga sy ketika kecil yg sy anggap mcm ibu kandung sy sendiri..nenek yg sentiasa berada di sebelah sy tatkala sy mempunyai masalah dgn musuh bisnes atau personal..nenek yg mempertahan perkawinan sy 😰 nenek yg sweet tmpat sy bermanja.. saya dah tiada sesiapa tmpat sy nak bermanja.. saya tak pernah rasa dia nenek sy.. Saya rasa dia ibu sy😰 mngkin sbb teralu rapat ..walapun dah kawin sy masih tido dgn dia… sy cium dia, sy masakkan dia, sy bawa dia berjalan2 walapun dia dah lama lumpuh..

sukar untuk saya luahkan perasaan saya ketika ini yg masih tidak boleh terima hakikat nenek meninggal dunia dengan kereta ini..saya ambil beliau daripada hospital dgn keadaan yg sehat dgn kereta ini juga saya hantar beliau untuk urusan pengkebumian nenek yg tiada ganti😰 saya mohon untuk bacakan Al-Fatihah semoga roh nenek saya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman”

.

#terima kasih kepada pekerja hospital kerajaan kuala pilah dan hospital kerajaan Kuala Kubu Bharu dan hospital KPJ Damansara kerana memberi layanan yang terbaik buat kami dan arwah nenek saya.



Sementara itu, isterinya Datin Seri Shahida juga turut meluahkan kesedihan kerana nenek meninggal bersamanya ketika hendak di bawa ke hospital. 


Terima Kasih nenek …

tak tahu nak saya gambarkan betapa saya sgt sayang pada nenek walaupun hanya isteri kepada cucunya…dia melayan saya dan menganggap saya seperti darah dagingnya sendiri… 14 tahun saya mengenalinya….dia sentiasa menggembirakan orang… @aliffsyukriterlajaklaris cucu kesayangan dia…..orangnya ceria dan ramah dan sangat disenangi ….kalau balik kg pasti kami meyembang sampai 3-4 pagi…..

Semalam pagi2 dia call saya masa di hospital beritahu dia nak balik..Dr dah bagi balik…dia minta syukri jemput dia……dia balik dalam keadaan gembira sbb tahu semua org tunggu dia di rumah…..tiba2 tgh malam dia sesak nafas…nak bawa dia ke hospital dia x nak…kami paksa juga….dalam kereta tak sempat sampai di hospital dia dan hembuskan nafas terakhir di samping saya dan anak2 nya di dalam kereta…Allahuakbar saya melihat nenek begitu tenang sambil mulut tak berhenti ucap syahadah….. dan tiba2 nenek berhenti bernafas…. nenek semasa sihat tak pernah tinggal tahajud….masa tgh sesak2 nafas pun dia masih solat di atas katil hospital..

Alhamdulillah semua urusan selesai dan berjalan lancar …doakan Allahyarhamah Aminah Bt Satar ditempatkan di kalangan mereka yg beramal soleh… terima kasih yg memberi ucapan takziah dan mendoakan…saya x mampu nak balas satu persatu..

 


Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah dan bacaan yassin kepada nenek Alif Syukri. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s