Apa Salah Puan Norazita? – AlFatihah

 

Pada 23 haribulan 10 2013, seorang pengawal keselamatan telah ditugaskan untuk menjaga sebuah bank. Kejadian berlaku di sebuah bank bernama AmBank di USJ Sentral, sewaktu menjaga bank ini pengawal keselamatan juga telah ditugaskan untuk menemani 2 pegawai bank memasukkan duit ke dalam bilik simpanan wang.


Sewaktu menemani kedua pegawai ini, tiba-tiba salah seorang pegawai terdengar bunyi dentuman kuat dan apabila dia melihat ke sebelahnya terdapat asap dan juga si ma.ti telah rebah.



Pengawal keselamatan itu telah membu.nuh si ma.ti dengan menggunakan pump gun. 


Tertuduh telah melarikan diri daripada bank dengan sejumlah wang tunai bernilai RM450,000. Tertuduh tidak dapat dikesan sehinggalah 18 hari kemudian.


Flashback masa kejadian


Dikatakan saksi yang melihat kejadian tadi memberitahu sejak pagi lagi pengawal keselamatan itu sering bertanya pada mangsa pukul berapa mereka akan habis kerja? Dan bila masa wang ini akan dimasukkan ke dalam bilik simpanan? 



Kemudian setelah 18 hari pengawal keselamatan ini dapat dikesan yang mana dia berada dalam tempat persembunyian di satu jalan belakang pati masuk ke Malaysia. 


Tertuduh berjaya diberkas di Jeti Kota Tinggi, sebelum dia melarikan diri ke Indonesia. Turut juga ditahan selepas insiden itu adalah seorang rakan pengawal keselamatan bernama Lapolo. 


Sewaktu menahan Lapolo, pihak polis telah menjumpai wang sejumlah bernilai RM21,800 dalam nilai wang kertas RM100. Menurut Lapolo dia telah diarahkan oleh tertuduh untuk memberikan wang ini kepada isteri tertuduh di kampung. Lapolo juga telah diminta untuk menghapuskan uniform milik tertuduh dan juga motosikal pada hari tersebut.


Menurut Lapolo dia tidak menahu langsung berkenaan dengan rompakan dan pembu.nuhan ini. Tetapi pihak mahkamah tidak mempercayai kepada cerita Lapolo dan Lapolo telah dipenjarakan 4 tahun kerana kesalahan menyembunyikan duit yang telah dicuri.


Dalam pada masa yang sama, sewaktu pendakwa raya menghujahkan kesnya pendakwa raya telah memanggil saksi pendakwa raya yang ke-22 iaitu pakar senjata. 


Pakar senjata itu turut menguji senjata yang digunakan sewaktu rompakan, apa yang dilakukan di dalam ujian ini, senjata pump gun tadi diambil dan diletakkan dalam ketinggian 5 kaki kemudian Lock itu diletakkan di bahagian Fire, bermaksud tidak berkunci. 


Daripada ketinggian 5 kaki tersebut pump gun itu dilepaskan tetapi tidak berlaku sebarang tembakan walaupun dilakukan dengan sengaja untuk melepaskan pump gun itu ke bawah.


Bermakna pihak pembelaan tidak boleh menggunakan pembelaan konon-kononnya senjata ini terjatuh atau tersalah tembak. 


Pembelaan tertuduh di mahkamah



Pada hari kejadian mengikut tertuduh kononnya, tertuduh telah menggantikan rakannya yang tidak dapat bertugas. Pada malam sebelum kejadian pula tertuduhbtelah dinasihatkan oleh kawannya bernama Ja Omar untuk melakukan rompakan di bank tersebut.


Tetapi pada asalnya tertuduh tidak bersetuju dengan cadangan Ja Omar tetapi Ja Omar menjamin dia ada mengenali seorang tekong bernama Umi dan sekiranya tertuduh ingin melarikan diri Umi boleh membantu tertuduh dengan bayaran hanya RM800 sahaja untuk dibawa ke Johor. 


Ini adalah versi hari kejadian menurut pembelaan tertuduh. Kononnya sewaktu tertuduh menemani si ma.ti dan juga seorang pegawai lain tertuduh telah memegang pistol dan mengacahkan pistol tersebut namun demikian secara tidak sengaja pistol tadi telah meletup.


Tetapi berdasarkan hasil siasatan dan juga keterangan di mahkamah tertuduh mengakui pistol itu berada di dalam kedudukaj fire dan bukan lock. Sedangkan pada pagi hari pistol itu berada dalam keadaan lock, mahkamah bertanya kepada tertuduh sekiranya benar tertuduh tidak mempunyai niat untuk membunuh si ma.ti mengapa butang itu diletakkan di bahagian fire?


Dan pembelaan tertuduh kerana tidak sengaja adalah sangat tidak munasabah. Termasuk tertuduh berkata pistol itu mengalami kerosakan juga tidak munasabah selepas diuji oleh pakar senjata.


Pihak mahkamah tidak mempercayai tertuduh oleh itu tertuduh akhirnya dijatuhkan hukuman ma.ti di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.


Ucapan takziah untuk keluarga mangsa Puan Norazita Binti Abu Talib. Semoga selepas ini kita perlu lebih berhati-hati termasuk orang yang kita percayai.




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s