4 Rakan Mandi di Pantai Teluk Bidara Bertukar Tragedi. Al Fatihah

 

Kegembiraan 6 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Terengganu bermandi-manda bertukar tragedi selepas 4 daripada mereka telah lemas di Pantai Teluk Bidara Dungun.


Mangsa adalah Muhammad Luqman Hakim Al Rashid bin Mohamed Sabarudin, Muhammad ZulFahmi Zuki  Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee sedang bermandi mandi di Teluk Bidara, kejadian berlaku pada 6.30 petang selepas mereka tergelincir dari batu yang mereka diri di tepi pantai.


Ketua penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Azman Alias berkata seramai 14 anggota dari balai bomba Dungun, Bandar Chukai dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.


Operasi menyelamat diperluaskan dari tempat mereka lemas sehingga 4 kilometer dengan jentera bot penyelamat digunakan. Pihak bomba menjalankan operasi mencari di permukaan air terlebih dahulu sebelum turun ke laut dengan membuat rondaan menggunakan bot pada jarak 3 batu nautikan dari pantai.


Rakan kepada mangsa menceritakan iaitu Hazman Zamili, empat rakannya terjatuh dan dipukul ombak deras sebelum ditenggelami air. 4 mangsa itu ada yang dari Melaka, Terengganu dua orang dan seorang dari Pahang.


Dua orang yang terselamat adalah Hazman sendiri yang berasal dari Kelantan dan Irfan Kamaruzaman dari Rawang Selangor. 


Ketika mereka mahu mandi air laut tidaklah begitu berombak dan terlihat tenang, tiba-tiba empat rakannya sudah ke tengah laut dan dua lagi sempat ke tepi.


Dua rakan menjerit pada keempat lagi rakan untuk berenang ke tepi secepat mungkin namun ombak yang tinggi serta deras memukul mereka. 


Sebelum kejadian lebih teruk pada masa tu, Hazman sempat memegang tangan Amir tapi Amir mengatakan dia perlu selamtkan rakannya yang lain, Hazman dan Irfan sempat pergi meminta bantuan orang awam dan meminjamkan pelampung untuk campak kepada rakan-rakan mereka namun gagal.


Menurut Hazman, seorang rakan mereka bernama Muhammad ZulFahmi Zuki tidak pernah mandi laut, itu adalah kali pertama dia mandi laut. Perkara itu disahkan oleh bapa Zulfahmi sendiri yang anaknya tak pernah mandi laut sejak kecil kerana tidak tahu berenang.


Anaknya itu juga tidak balik ke rumah beberapa minggu kerana sibuk berlatih dalam pemilihan olahraga di Politeknik sebelum bapanya terkejut mendapat panggilan kecemasan yang anaknya lemas. 


Muhammad ZulFahmi Zuki

Dalam pada itu, mangsa lemas Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee sempat memuatnaik status whatsapp menulis ‘rest time’ sebelum hilang selepas 15 minit. 


Abangnya sempat memuat naik status whatsapp ‘rest time’

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu  Sharikan Bustaman berkata radius operasi menyelamat diperluaskan dari 3 batu ke 4 baru nautica.


Kekuatan anggota dalam operasi menyelamat ditambah seramai 97 orang terdiri daripada 36 ahli bomba, 23 Agensi Penguatkuasaaan Maritim (APMM), 15 anggota polis, 10 orang pertahanan awam, 6 polis marin, 3 Rela dan 5 orang awam.


Operasi menyelamat juga digunakan dari aset APMM, jet ski, dron orang awam dan turu membantu adalah nelayan. 


Dua hari selepas, mayat pertama ditemui jam 7.30 pagi iaitu mayat Muhammad Zulfahmi Zuki yang terdampar di tepi pantai, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian. Semasa bedah siasat di Hospital mak Zulfahmi mengecam mayat anaknya yang mempunyai parut di bahu kiri dan seluar pendek yang dipakai. 

Mayat kedua dijumpai adalah Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan tidak jauh dari mayat pertama dijumpai.


Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan

Manakala mayat ketiga dijumpai adalah Muhammad Luqman Hakim AlRasyid Mohamed Sabarudin, juga tidak jauh dari lokasi mayat kedua. 


Muhammad Luqman Hakim AlRasyid Mohamed Sabarudin

Dan mayat terakhir adalah Mohamed Amir Izzudin Zulkiflee ditemui terapung pada jam 3 petang.

Mohamed Amir Izzudin Zulkiflee


Seorang bapa kepada Mohamad Amir Izzudin iaitu Zulkiflee Zakaria percaya dan redha serta bangga yang anaknya sanggup menolong rakan lain yang lemas namun ajalnya tiba sekali. 


Semoga mangsa semua ditempatkan pada mereka yang beriman. AlFatihah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s