Datuk Jamali Shadat Meninggal Dunia. AlFatihah

 

Kuala Lumpur: Pelawak ‘stand up’ komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 78, meninggal dunia selepas sekian beberapa lama uzur (sakit tua), tak mampu berjalan dan kurang selera makan.


Perkara ini dimaklumkan oleh cucunya Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31.


Jamali amat terkesan dengan kematian isterinya, Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, sehingga membuatkan dia kemurungan.


Allahyarham isterinya meninggal pada hari pertama Syawal selepas sebulan terlantar di hospital. 


Sebelum itu, Jamali diserang angin ahmar dan dijaga oleh isterinya sehingga pulih.                


                         

“Arwah nenek buat rumah di Pulau Indah, Klang ini dan rancang nak tinggal dengan datuk.


“Apabila rumah siap, nenek meninggal dan hanya jasadnya dibawa balik ke situ,” kata Isyraq. 


Apa yang berlaku membuatkan Jamali amat terkesan kerana segala jadual aktiviti seni dan kehidupannya sebelum ini diuruskan oleh isterinya.


“Selepas itu… dia macam termenung dan khayal sepanjang masa, katanya lagi.                                                 


Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, mempunyai lapan anak dan 39 cucu.


Pada zaman kegemilangannya pada 1980-an, pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ bersama Atuknya serta rakan berbilang kaum.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s