Peniaga Jalanan Merancang "Menc3kik" Isterinya Untuk Menuntut Wang Insurans

 

Seorang peniaga jalanan di barat Delhi disyaki telah mence.kik isterinya yang berusia 40 tahun di sebuah gerabak kosong kereta api semasa sedang dalam perjalanan dengan motif untuk menuntut wang insurans kata polis pada hari Jumaat (hari ini) semasa sidang media.


Suspek ditahan pada hari Khamis semalam yang dikenali sebagai Abdul Hakim Ansari, 52, disyaki telah membu.nuh isterinya, Meshar Jahan, dikatakan isterinya telah mendaftar polisi insurans hayat tiga tahun lalu dengan premium bulanan Rs 1,900 (RM106) tambah Dinesh Kumar Gupta, DCP.


 “Ansari melakukan perkara kejam itu pada isterinya dengan niat untuk menuntut dan mendapatkan wang insurans” katanya lagi.


DCP itu berkata jumlah wang yang diharapkan Ansari selepas memberi keterangan perinciannya dengan syarikat insurans sebanyak 50 juta Rs (RM2,788,000), maklum syarikat insurans namun telah membuat syarikat insurans itu was-was sementara menunggu siasatan.


Polis berkata, Ansari memberitahu dia rasa puas membu.nuh isterinya seperti membu.nuh dua ekor burung dengan satu batu.


 “Ansari mendakwa bahawa dia muak dengan perangai jahat isterinya yang sentiasa kasar dan tidak mahu masak untuknya. Dia telah merancang pembunuhan itu selama enam bulan, ”katanya, sambil menambah bahawa Jahan adalah isteri ketiganya. 


Pegawai polis mendedahkan pasangan itu mula bertengkar selepas perkahwinan mereka enam tahun lalu. “Jahan didakwa bersikap kasar terhadap Ansari dan dua anak dari isteri pertamanya. 


Pada mulanya, suspek berfikir untuk menceraikannya, tetapi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, Ansari telah merancang perkara itu ”kata pegawai penyiasat lain.


Ansari didakwa telah merancang untuk menunggu beberapa tahun sebelum membu.nuh Jahan, disebabkan kerap bertengkar ia membuat Ansari berasa terus ingin melakukan rancangan itu. 


Pada 6 Julai, Ansari didakwa membawa Jahan ke Simbhaoli dengan alasan untuk merawat kakinya yang sakit dengan menaiki kereta api. Semasa dalam kereta api, dia didakwa membawa Jahan ke sebuah gerabak kereta api yang kosong. ” Semasa kereta api itu sampai di Ghaziabad dan Jahan sedang tidur Ansari menggunakan Dupatta untuk mencekik isterinya” kata DCP. 


Ansari didakwa telah turun dari kereta api semasa di stesen Vivek Vihar untuk mengelakkan ditangkap dengan kamera CCTV. Ansari juga telah mematikan telefon bimbitnya sehingga lokasinya tidak dapat dikesan. Mayat Jahan ditemui oleh piahk polis di stesen keretapi Old Delhi dan Ansari membuat laporan polis kes orang hilang di balai polis Uttam Nagar selepas dua minggu untuk membuat pihak polis percaya akan kehilangan isterinya.


Ansari menganggap pihak polis akan mengklaim isterinya sebagai mati mengejut tetapi mayat itu disimpan di bilik mayat dan telah dibedah siasat. Semasa siasatan, keluarga Jahan mengesyaki perangai pelik Ansari. ” Akhirnya pihak polis menyedari rancangannya untuk mendapatkan wang insurans itu, Ansari juga cuba memberi keterangan palsu  dengan menyalahkan ada lelaki memaksanya untuk membunuh isterinya, ”kata DCP. Setelah lama disiasat akhirnya keterangan Ansari didapati tidak benar dan ada unsur penipuan, Ansari juga telah mengakui dia telah melakukan jena.yah itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s