Sanggup Makan Duit Suapan Urusan Jenazah, 5 Kakitangan Hospital Didakwa

 


Kegiatan itu dilakukan 5 individu tersebut mulai tahun 2019 hingga sekarang (2021). Mereka akan memberi pengurusan jenazah hospital kepada sebuah syarikat untuk menguruskannya, apabila kata sepakat tercapai mereka diberi wang suap sebagai hadiah memberi job itu.


5 kakitangan hospital itu dicekup SPRM semalam kerana disyaki menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital berkenaan.


Kegiatan yang dilakukan sejak 2019 hingga kini melibatkan sejumlah wang lebih RM20,000.



Kesemua suspek ditahan di pejabat SPRM Selangor dengan masing-masing berusia 34 hingga 44 tahun.


Hasil siasatan mendapat mereka (suspek) menerima wang suapan RM300-400 setiap jenazah daripada ejen mengikut jenis kematian.


Petugas kesihatan dari gred 19 hingga gred 29 itu akan menerima RM300 untuk jenazah biasa, RM400 bagi jenazah yang berpenyakit berjangkit.


Pengarah SPRM selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kesemua suspek disiasat mengikut seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, individu dalam tahanan reman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s