"Al Fatihah"..Bapa Kemalangan Waktu Rehat Untuk Mengurus Anak Di Rumah

 

Sungai Buloh: Kejadian kemalangan berlaku apabila seorang penunggang motosikal jenis modenas kriss mahu mengelak selepas sebuah kereta proton waja ingin menukar laluan ke kiri jalan menyebabkan penunggang motosikal terlanggar tepi kereta itu dan terjatuh.


Pada masa sama datang sebuah treler terus menggilis mangsa sepanjang 14 meter.


Mangsa dikenali sebagai Mohamad Hafiz 29, berasal dari Bercham Megah Ipoh dikatakan diseret sejauh kira-kira 14 meter menyebabkan badannya hampir terputus dua di bahagian pinggang.


Kejadian juga berlaku pada jam 12.29 tengahari yang mana mangsa keluar rehat untuk menguruskan anaknya di rumah.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat, berkata mangsa yang menunggang motosikal Modenas Kriss melanggar belakang sebuah Proton Waja yang cuba mengubah laluan ke kiri jalan.


“Mangsa tidak sempat mengelak dan terlanggar belakang kiri Proton Waja terbabit dan jatuh di sebelah kiri laluan.


Katanya lagi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.


Azman berkata, pemandu kereta Proton Waja berkenaan yang juga seorang lelaki warga Bangladesh ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu warga Bangladesh tidak mempunyai lesen memandu sah dan kereta yang dipandu adalah milik majikannya.


Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Fahmi di talian 014-3667353 untuk membantu siasatan.


Salam takziah Al Fatihah Hafiz 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s