Dato Seri Vida Meminang Iqbal Pada Pukul 3 Pagi. Ini Yang Berlaku!

 


Gosip percintaan antara Dato Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya iaitu Ahmad Iqbal seakan tidak berakhir. Baru-baru ini, Dato Seri Vida dikatakan datang ke rumah Iqbal pada pukul 3 pagi untuk meminang Iqbal. 


Pada mulanya Iqbal membuka pintu dan menyangka adiknya telah berkunjung ke rumahnya. Namun  dia agak terkejut kerana Dato Seri Vida yang ditemani anak lelakinya Kacak telah berada di depan pintu. Lebih memalukan, Iqbal juga tidak memakai baju dan seluar tetapi hanya memakai seluar pendek. 



Iqbal turut bertanya mengapa Dato Seri Vida dan anaknya sanggup datang pada waktu demikian. Rupa-rupanya Dato Seri Vida telah membawa sebentuk cincin yang hendak diberikan kepada Iqbal. Dato Seri Vida dengan berseloroh berkata ‘ tujuannya datang untuk meminang, sekali nak tumpang toilet’ ujarnya.


Namun, perbincangan hanya sampai di situ, dan Iqbal menganggap Dato Seri Vida tidak serius dengan apa yang diucapkannya. Iqbal juga berkata dia tidak akan sekali-kali memakai cincin itu dan semestinya akan dikembalikan semula pada Dato Seri Vida. 


Selain itu,  Iqbal juga turut memuatnaik  rakaman suara ketika dia menghubungi  pihak pengawal keselamatan  kerana kesal membenarkan orang lain masuk tanpa kebenarannya. Menurutnya lagi, dia terpaksa menceritakan kepada umum perkara ini sebelum pihak Dato Seri Vida memutarbelit fakta sebenar. 



Nampaknya Iqbal dah tawar hati dengan Dato Seri Vida betul tak? Atau ini hanya permainan marketing? Apa kata pembaca pula?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s