Tular Gambar Anak Menangis Depan Mahkamah Syariah Tunggu Mak Ayah Bercerai

 

Sekeping gambar yang akan meruntun jiwa sesiapa sahaja melihatnya. Gambar ini dimuatnaik oleh saudara Muhd Firdaus di laman sosialnya. 


Kelihatan seorang kanak-kanak tengah menangis di luar Mahkamah Syariah Klang dan sedang menunggu perbicaraan kes kedua ibu bapanya yang akan bercerai. Pasti hiba melihat ibu bapa berpisah dan tidak sehaluan lagi.



Setiap kes perceraian, anak -anaklah yang menangung derita emosi yang paling dasyat. Oleh itu, setiap ibu bapa perlu bertanggungjawab dalam menangani emosi anak-anak. Jika terpaksa berpisah hiburlah hati anak-anak, jangan biarkan mereka tersiksa dalam memilih kasih sayang ayah atau ibu. 


Menurut Berita Harian, seramai 121 kes pasangan akan bercerai setiap hari dan tahun lepas iaitu  sepanjang 2020 sahaja seramai 66, 440 pasangan bercerai di seluruh Malaysia. Peningkatan kes cerai naik secara ‘luar biasa’ semasa PKP akibat pandemik Covid-19. 


Menurut Harian Metro, ada 6 cara yang perlu dilakukan untuk mengatasi emosi anak yang kehilangan ibu atau ayah akibat perceraian.



Berikut beberapa cara untuk membantu anak-anak menghadapi kekecewaan akibat perceraian:


1. MENGGALAKKAN KEJUJURAN


Kanak-kanak perlu tahu bahawa perasaan mereka adalah penting kepada ibu bapa dan akan diambil serius.


2. BANTU ANAK MELUAHKAN PERASAAN MEREKA DENGAN KATA-KATA


Tingkah laku anak-anak sering kali dapat memberi petunjuk kepada perasaan sedih atau kemarahan mereka. Jadilah pendengar yang baik, walaupun sukar bagi anda untuk mendengar apa yang mereka katakan.


3. MENGIYAKAN PERASAAN MEREKA


Mengatakan ‘saya tahu awak berasa sedih sekarang’ atau ‘saya tahu awak sepi tanpa ayah di sini’ membolehkan anak-anak mengetahui bahawa perasaan mereka adalah benar. Penting untuk anda menggalakkan anak-anak meluahkan semuanya sebelum anda mula menawarkan cara untuk menjadikannya lebih baik. Biarkan kanak-kanak tahu bahawa mereka boleh berasa gembira, lega atau teruja apabila bercakap mengenai masa depan.


4. TAWARKAN SOKONGAN


Ajukan soalan seperti ‘apa yang dapat membantu awak berasa lebih baik?’ kepada anak-anak. Mereka mungkin tidak dapat menyebutnya, tetapi anda boleh mencadangkan beberapa idea.


Kanak-kanak yang lebih kecil mungkin sangat menghargai tawaran untuk menghubungi bapanya melalui telefon atau melukis lukisan untuk diberikan kepada ibunya.


Anak yang lebih besar mungkin mempunyai kemahuan lain yang tidak anda ketahui. Jadi, apabila anda bertanya soalan itu, ia membuka ruang kepada anak-anak untuk meluahkan keinginannya. Ia bukan saja dapat mengelakkan mereka berasa bersalah atau terabai, malah cara ini mampu memperbaiki hubungan anak dengan bapa atau ibu yang tidak tinggal bersamanya.

5. PASTIKAN DIRI ANDA SIHAT


Bagi orang dewasa, perpisahan dan perceraian boleh membuatkan mereka sangat tertekan. Tekanan itu bertambah dengan masalah berkaitan hak penjagaan, tuntutan atau pembahagian harta dan urusan kewangan yang boleh membawa kepada perkara lebih buruk.


Mencari cara untuk menguruskan tekanan sendiri adalah penting untuk anda dan seluruh keluarga. Memastikan diri sentiasa sihat secara fizikal dan emosi mungkin dapat membantu anda menghadapi kesan tekanan. Malah dengan memenuhi keperluan sendiri, anda boleh memastikan bahawa anda berada dalam keadaan terbaik untuk menjaga anak-anak.


6. DAPATKAN BANTUAN


Ini bukan masanya untuk anda lalui semuanya sendirian. Cari kumpulan sokongan, berbincang dengan orang lain yang pernah melaluinya, gunakan sumber dalam talian atau tanya doktor mahupun pemimpin agama. Apabila anda mendapatkan bantuan, anda sebenarnya memberi contoh yang baik kepada anak-anak dari segi cara melakukan penyesuaian yang sihat untuk perubahan ini.


Bantuan kaunselor, ahli terapi atau rakan juga akan mengekalkan sempadan yang sihat dengan anak-anak anda. Penting bagi anda untuk tidak mengharapkan anak memberikan sepenuh sokongan apatah lagi jika anak masih kecil. Anak yang lebih besar dan mahu berbuat demikian boleh cuba membuat anda berasa lebih baik dengan cara masing-masing.


Diharapkan artikel ini dapat membantu kanak-kanak di luar sana yang terlibat dengan kes perceraian.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s