Badan Semakin Susut, Kuman Makin Mengganas | Maria Tunku Sabri Mohon Maaf Pada Semua

 


Maria Tunku Sabri personaliti  yang tidak asing  lagi dalam dunia penyiaran. Kemuncak kerjaya beliau ketika mengacara rancangan Jalan Jalan Cari Makan di TV3 selama 12 tahun. Rancangan tersebut sangat terkenal dan kekal disiarkan sehingga hari ini. 

Beliau yang cukup lincah, ceria dan tak lekang dengan senyuman memberikan khabar duka kepada peminatnya kerana dijangkiti virus Covid-19.


Menurut Maria, beliau dan suami telah disahkan positif virus Covid-19 pada tahap 2. Mereka dijangkiti ketika menghadiri mesyuarat kerja. Maria redha dan menerima ketentuan Allah walaupun telah mematuhi SOP dan menjaga kebersihan diri. 


Hari ini beliau masih berada di pusat kuarantin Maeps. Keadaan beliau semakin lemah dan berat badan kian susut akibat kuman dalam darah semakin merebak.  Beliau mengundur diri dan ingin berehat untuk memulihkan diri semula. 


Maria juga memohon maaf kepada semua ahli keluarga, sahabat dan kenalan jika terlanjur salah dan silap. Beliau turut meminta halal makan dan minum.


“Sejujurnya saya terlalu letih dan penat sangat” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s