Remaja Meninggal Dunia Dipanah Petir

 


PASIR PUTEH: Seorang remaja maut apabila dipercayai dipanah petir dalam kejadian di sebuah kuari, Kampung Jerus, Selising pada Rabu.


Dalam kejadian sekitar jam 6 petang, mangsa Muhammad Alif Haikal Ludin, 15, dari Kampung Hutan Buluh, Melor, Kota Bharu maut di tempat kejadian.


Kejadian malang yang menimpa remaja itu sempat sempat dirakam oleh rakannya dan kemudian tular di media sosial.


Kejadian 5.40 petang itu, mangsa, Muhammad Alif Haikal Ludin dari Kampung Hutan Buluh dekat Melor, maut di tempat kejadian.


Abang iparnya yang cedera dikenali sebagai Mat Yi berusia lingkungan 20-an.


Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Menurutnya, kedua mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Mahligai di Melor namun Muhammad Alif Haikal disahkan sudah meninggal dunia.


“Mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut dan difahamkan mangsa kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.


Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


Al-Fatihah

   

بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s