'Waktu Tasbih Di Tangan Dan Di Sisi Kaabah, Ismail Din Dijemput Ilahi' – Al Fatihah

 


Ismail Bin Din merupakan salah seorang pelakon yang aktif pada akhir tahun 90an dan awal tahun 2000. Almarhum yang berasal dari Kedah menghembuskan nafas terakhir pada 22 Oktober 2005 pada bulan Ramadhan ketika berumur 58 tahun. 


Difahamkan, almarhum meninggal dunia ketika bertasbih disisi Kaabah selepas selesai solat terawih. Almarhum meninggalkan lima orang anak dan dua orang Isteri iaitu Kalsom Idris dan Siti Zubaidah Arifin. Almarhum adalah pengasas kumpulan Angkatan Seni Alor Setar (ASAS) yang ditubuhkan pada tahun 1964. 


Antara filem yang pernah dibintangi almarhum ialah Gemerlapan (1997), Penyair Malam (1998), Anaknya Sazali (2000), Anak Mami The Movie (2002), Mami Jarum (2002), Embun (2002), Mistik (2003), Mami Jarum Junior (2003), Hingga Hujung Nyawa (2004), Lady Boss (2005) dan Anak Mami Kembali (2005). 


Arwah mampu membawa watak komedi dan juga watak sedih dengan baik dan watak komedi yang sangat diingati ialah melalui lakonannya dalam filem Mami Jarum The Movie manakala watak sedih yang sangat memberi kesan ialah lakonannya dalam drama Pondok Buruk.


Siapa sangka, almarhum telah meninggal dunia pada hari, bulan dan ditempat yang mulia. Iaitu pada hari dan bulan Ramadhan yang merupakan kerahmatan yang lebih baik daripada seribu bulan. Tambahan pula ketika berada di Makkah saat berada disisi Kaabah setelah selesai solat terawih.


Ia adalah suatu pengakhiran hidup yang sangat didambakan oleh ramai mukmin didunia ini. Almarhum sangat bertuah dipilih oleh Allah salah seorang daripada hamba-Nya yang bertuah.


Dimaklumkan daripada isteri almarhum, Ismail Din sangat menjaga solat dhuha semasa hayatnya. Walau sesibuk manapun, solat dhuha pasti akan didirikan yang dijaganya dengan istiqamah.


Apa yang berlaku kepada almarhum merupakan salah satu tanda kematian Husnul Khatimah. Mudahan kita juga terpilih dikalangan yang bertuah sepertimana almarhum. 


AL Fatihah untuk almarhum Ismail Din. Semoga almarhum ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s