Bagaimana Wanita Ini Berjaya Menyelamatkan Diri Selepas Keretanya Terbabas Masuk Dalam Air Dalam

 

Biasa dengar orang mati lemas bila kereta terbabas ke dalam sungai/tasik? Korang tahu tak, hampir mustahil untuk korang bukak pintu kereta bila kereta baru tenggelam masuk air?


Bahagian hadapan kereta adalah bahagian paling berat disebabkan kewujudan enjin. Jadi bahagian hadapan kereta akan tenggelam terlebih dahulu.


Bila dalam keadaan cemas macamni, instinct pertama korang mesti nak buka pintu dan keluar. Tapi hakikatnya, pintu tak akan boleh dibuka selagi air tidak penuh dalam kereta!


Bila kereta korang tengah dalam keadaan dimasuki air, pressure air daripada luar menyebabkan korang takkan boleh bukak pintu kereta. 


Air masuk = pressure in

Buka pintu = pressure out


Andai kata korang gagal pada percubaan pertama untuk buka pintu, cara terbaik adalah: 

1. Lari ke tempat duduk belakang

2. Percahkan cermin pintu kereta

3. Keluar melalui tingkap pintu kereta


“Kenapa kena lari ke tempat duduk belakang?”

Sebab bahagian depan akan tenggelam terlebih dahulu. Jadi anda ada lebih masa jika di tempat duduk belakang.


“Saya tak kuat nak pecahkan cermin kereta!”

Sekiranya korang tak ada glass breaker, korang boleh gunakan headrest kereta. Tanggalkan headrest, umpilkan celah cermin pintu, insyaAllah cermin pecah.


Kenapa pecahkan cermin lebih selamat? 


Sebab kalau korang tunggu kereta penuh air baru nak buka pintu, berkemungkinan korang dah makin tenggelam ke dasar. Jadi untuk korang berenang semula ke permukaan, lagi jauh lebih lebih lagi dalam keadaan cemas.


Sama juga kalau korang nak selamatkan orang dalam kereta yang tenggelam. Sekali cuba buka pintu tak dapat, terus pecahkan cermin. Dari luar kau baling batu pun boleh pecah cermin tu. Lagi senang penumpang nak keluar.


Kenapa cermin pintu dan bukan cermin depan/belakang?

Korang kena tahu ya, windshield glass ni memang direka untuk tidak bersepai. Pecah pun masih dalam keadaan sekeping. Cermin pintu ni pula, sekali pecah hancur berderai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s