Ulama Besar Nusantara Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari Meninggal Dunia

 

‎Ya Allah, ampuni Guru Kami, Ahmad Fahmi Zamzam.

Ya Allah RAHMATILAH dia, AMPUNI segala dosa & kesalahan dia, MULIAKAN kematian dia, LAPANGkan kubur dia & jadikannya sebagai sebaik-baik tempat istirehatnya. 

Ya Allah ! 

Kumpulkan beliau bersama Rasūlullāh ﷺ & orang-orang yang beliau cintai..

Ya Allah! 

KURNIAKAN syurga sebagai BALASANnya mendidik kami  dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya &  para Muhibbinnya.

آمين آمين آمين يا مجيب السائلين . . .

                             *ALFATIHAH*

‎  بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ

◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّي

Semuga Abuya tenang & damai di sana …

آمين آمين آمين يا مجيب السائلين . .

Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari Al-Nadwi Al-Maliki dilahirkan pada tahun 1959 di Amuntai, Banjar Masin, Kalimantan Selatan. Beliau memasuki alam persekolahan di Amuntai sebelum menyambung pengajian di Madrasah Darussalam Martapura, Kalimantan selatan sehingga Tingkatan ‘Aliyah. Beliau seterusnya melanjutkan pendidikan di Yayasan Pesantren Islam Bangil, Jawa Timur.


Pada tahun 1980, beliau telah meneruskan pengajiannya di India, bersama dengan ulama’ terkenal Samahah As-Sheikh Abul Hassan Al-Hasani An-Nadwi r.h. di Nadwatul Ulama’, Lucknow. Pada tahun 1984, beliau menamatkan pengajiannya di India dan datang ke Malaysia, seterusnya berkhidmat di Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Derang di Pokok Sena, Kedah sehinggalah ke hari ini.


Beliau juga merupakan Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru dan Pasentren Yasin di Warateweh, Kalimantan, Indonesia yang dibuka pada tahun 2001 dan 2003. Disamping itu, beliau adalah Ketua Umum Majelis Ulama’ Indonesia Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah untuk sessi 2004 – 2009.


Melalui penerbitan Khazanah Banjariah, Al-Fadhil telah bergiat aktif dalam usaha pengeluaran kitab-kitab berbahasa Melayu. Antara lain, Al-Fadhil telah banyak menyusun kitab-kitab kumpulan hadits-hadits seperti ‘40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman’, ’40 Hadis Penawar Hati’ dan ‘40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama’. Al-Fadhil juga telah mentahkik dan menerbitkan semula kitab-kitab karangan ulama’ silam Nusantara As-Sheikh Abdul Samad Al-Falimbani seperti ‘Sairus Salikin’ (4 jilid) dan ‘Hidayatus Salikin’.


Disamping itu, Al-Fadhil juga aktif menterjemahkan kitab-kitab tasawuf yang ulung seperti ‘Bidayatul Hidayah’ dan ‘Ayyuhal Walad’ karangan Imam Al-Ghazali serta ‘Bustanul Arifin’ karangan Imam An-Nawawi.



Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s