Bayi Didera Pada Hari Pertama Di Rumah Pengasuh

 


Seorang bayi disyaki didera oleh pengasuh dekat Seksyen 7 Shah Alam baru-baru ini. Bayi tersebut baru hari pertama dihantar kepada pengasuh.


Ibunya iaitu Haizirah terkejut bila melihat tangan bayinya lebam seperti dirotan beberapa kali. Pengasuh sebelum ini ada mengirim pesanan ringkas kepada suaminya dan memberitahu Rania (bayi) menangis tanpa henti. Pengasuh mengesyaki Rania hendak tumbuh gigi. Mungkin juga Rania cerewet sebab pertama kali dijaga oleh orang lain.



Sangkaan mereka meleset selepas mengambil Rania pukul 1 petang. Mereka mendapati, terdapat kesan lebam di tangan Rania. Mereka tidak berpuas hati lalu bertanya dengan pengasuh. Namun pengasuh tidak mengaku malah menggunakan hujah agama untuk menutup kesalahannya.


Pasangan tersebut telah membuat laporan polis dan kes masih lagi dalam siasatan. Haizirah tidak mendedahkan nama pengasuh kerana akan menganggu siasatan polis.  Beliau hanya memberitahu lokasi kejadian berada di seksyen 7 Shah Alam di atas Warung Geprek.  Kepada ibu bapa yang bercadang menghantar anak-anak kepada pengasuh  diharapkan berhati-hati dan berwaspada. Supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s