Kisah Benar: Sesat Di Gunung Ledang

 

Ini kisah yg diceritakan oleh seorang rakan sekerja kira-kira 20 tahun dulu. Tapi ceritanya sangat menarik bagi saya hingga masih saya ingat sampai sekarang.


Katanya kisah dia ni pernah dapat liputan media pada tahun 80-an dulu,kisah dia hilang di Gunung Ledang. Saya nak kongsikan cerita beliau,namun saya nak minta maaf jika ada sedikit percanggahan fakta yg sebenar sebab cerita ni dah lebih 20 tahun saya dengar. Saya tulis ni berdasarkan apa yang saya ingat ye.


Romi (bukan nama sebenar), masa tu ketua pengakap sekolah. Dah memang biasa buat aktiviti lasak seperti masuk hutan, mendaki bukit gunung. Gunung Ledang bukanlah tempat asing buat Romi sebab dia dah biasa mendaki gunung tersebut.


Tapi kali ini, pasukan pengakap sekolah Romi akan bergabung dengan pasukan pengakap dari Singapura untuk menawan puncak Gunung Ledang. Sebagai ketua,Romi bersama ketua pengakap dari Singapura, Lokman (bukan nama sebenar) mendaki seiring bersama.

    

Gunung Ledang ada 7 level untuk sampai ke puncak. (kalau tak silap akulah). Semasa pendakian, pasukan mula lah berpecah2 dan masa itu hanya tinggal Romi dan Lokman sahaja berdua mendaki seiring. Yang lain-lain sama ada jauh ke depan atau jauh tertinggal ke belakang.


Entah kenapa hari tu Romi rasa nak ambil jalan short cut, bukan track asal yang selalu dia gunakan. Lokman hanya mengikut sahaja sebab tak biasa. 


Selepas melepasi level ke dua, dia nampak ada dua buah batu besar yg ada ruang untuk melalui di tengah-tengahnya. Romi rasa jika melalui laluan batu ini, mereka dapat buat short cut dan akan jumpa balik track asal.


Tapi selepas mereka melalui batu itu, Romi sudah tak jumpa lagi track asal. Tapi mereka teruskan juga perjalanan kerana Romi sangat yakin dia akan dapat cari track asalnya kembali.


Setelah beberapa lama berjalan, mereka bertembung dengan seorg pakcik yang nak dikata tua sangat pun tidak juga. Mungkin dalam usia 50-an mcm tu. Pakcik ni bawa cangkul dan bakul. Pekebun kot. Tapi terlintas jugak difikiran Romi,setahu dia di level setinggi ini, tak pernah lagi dia jumpa kebun. Lagi pun kat tengah-tengah hutan. Oh,..kan dia ambil jalan yang dia tak biasa lalu. mungkin benar ada kebun kat tengah-tengah gunung ni.


Pakcik tu tegur mereka, tanya nak ke mana. Mereka pun bagitau lah yang mereka dah tersesat nak naik ke puncak Gunung Ledang. Pakcik tu kata jangan risau, nanti dia tolong bawa mereka ke sana. Tapi pakcik tu ajak mereka singgah ke rumahnya dulu.

 

Tak fikir panjang,mereka pun setuju aje. Lagi pun masa tu masih awal lagi. Dan pak cik tu pun dah janji nak tolong bawakan. Mereka ikut pakcik tu sampai ke sebuah kampung.


 Romi memang tak sangka ada kampung dalam Gunung Ledang ni. Boleh kata ramai jugak penduduknya. Tapi rumah-rumahnya semua macam rumah dulu-dulu, macam rumah kayu atau buluh-buluh. Orang-orang kampung pulak ramah-ramah juga, ada yang menegur-negur mereka. Tapi satu yang ketara, pakaian mereka macam orang kampung dulu-dulu. Jenis lusuh, macam kampung-kampung lah. Cara percakapan pun agak lain sedikit, muka pun ala-ala zaman atuk nenek kita dulu katanya.


Pak cik tu ajak mereka makan di rumah dia dulu. Part mereka mkn apa,aku tak ingat..mkn nasi lah kot kan…mungkin lauk-lauk kampung jugalah. Lepas makan, pak cik tu duduk berehat sambil hisap rokok daun. Romi dan Lokman dah sedikit gelisah sebab takut terlambat nak naik ke puncak. Pak cik tu mcm tahu apa yang bermain di fikiran mereka. “Jgn risau, nanti aku bawak sampai ke puncak.” Mereka pun diam saja,sambil layan pak cik tu habiskan rokok yg dihisap sambil sembang-sembang.  Pakcik tu kata Gunung Ledang ni cuma ada 5 peringkat sahaja,bukannya 7 seperti yg mereka ketahui. Sekarang mereka berada di level pertama.

    

Sekarang pak cik tu nak bawa mereka ke level kedua. .Berjalan punya berjalan, tiba-tiba mereka sampai di satu kawasan lapang, mcm padang. Kt tengah-tengah padang tu ada rumah kayu mcm rumah zaman dulu-dulu. Ada 2-3 orang lelaki berpakaian umpama panglima dulu-dulu siap bertanjak, keris di pinggang, sedang memerhatikan dalam lebih 30 orang lelaki tengah berlatih silat di halaman rumah. 


Si Pakcik memberi salam dan disambut mesra mereka semua. Dari cara percakapan dan gerak tubuh, Romi dan Lokman mengagak mereka yg perhatikan murid-murid yg berlatih tu mungkin seseorang yang penting. Seakan-akan seorang panglima atau pendekar. Cara lenggok percakapan mereka juga agak pelik sikit bagi Romi dan Lokman. Air muka mereka juga nampak bengis, tapi tetap mesra menegur Romi dan Lokman. Sampai di sini mereka berdua dah mula bertanda tanya. Tapi masing-masing  tak berani nak buka mulut. Cuma berpandangan sesama sendiri.


Selesai berbual seketika di situ, mereka teruskan perjalanan. Kali ini semakin hairan dan jadi tanda tanya apabila mereka sampai di sebuah masjid yg agak besar. Pakcik tu ajak solat Jumaat. Tengah-tengah hutan ada masjid? Lagi pun nampak ramai jemaah datang dari merata arah. Sekali lagi mereka rasa ada yg tak kena. Cuma masih tetap mereka tak berani nak bersuara. Teringat kata-kata org tua-tua, jangan tegur. Mereka ikutkan saja. Khutbah jumaat yg lebih panjang dari biasa meresahkan mereka. takut semakin lewat mereka dibawa ke atas.


Sebenarnya bila sampai ke peringkat ini, mereka sudah pun syak yg mereka bukan lagi di alam sebenar. Cumanya masing-masing tak tahu nak buat apa, mereka berserah dan ikut sahaja. Tempat masjid tu adalah level ketiga. 


Sekarang mereka teruskan ke level keempat pula. Kali ni mereka tiba di sebuah tasik. Agak besar juga tasik tu. Mereka berehat sebentar di tepi tasek sambil Si Pak cik hisap rokok daun.


Dalam tasik tu ada banyak ikan, besar-besar juga. Apa yang mereka perasan, ikan-ikan itu mata berkelip, seolah-olah ada kelopak mata.  Confirm lah kan mereka skrg berada di alam lain. Pakcik tu kata, tasik ini istimewa. Dia minta tunggu disitu sampai masuk waktu asar. Mereka sembahyang asar berjemaah di situ. Kemudian apabila matahari semakin mencondong ke barat, nampat macam satu pulau kecil perlahan-lahan timbul di tengah-tengah tasik. Di atas pulau tu, nampak macam pohon-pohon buluh berwarna kuning. 


Pak cik tu kata, itulah buluh perindu. Kalau nak, pergilah berenang ke situ ambil sendiri. Tapi mereka berdua tak berani nak ambil. Takut jadi apa-apa nanti.


Mereka meneruskan perjalanan ke peringkat terakhir, iaitu peringkat kelima. Masa tu dah mula beransur senja. Peringkat kelima memang sangat-sangat tak masuk akal. Bayangkan mereka jumpa LAUT!. Laut atas gunung??!! Kali ni mereka berdua dah tak dpt nak tahan, terus buka mulut bertanya.


“Pak cik..kami ni di mana sebenarnya ni…?” Romi bertanya.“, Kamu berdua ni antara yang terpilih…” kata pak cik tu.


“Jangan risau..lepas solat Isyak nanti aku hantar kamu blk” katanya. 


Mereka solat magrib di tepi pantai. Sementara tunggu isyak, mereka berbual-bual. 


Romi dan Lokman bertanya kepada Pak cik macam-macam soalan. Salah satunya tentang kisah putri Gunung Ledang. Betul ke kisah peminangan putri Gunung Ledang tu?


“Betul.” Jawab si Pak cik. Jambatan emas tu memang ada kat dalam laut tu. Kalau nak tengok, pergi lah menyelam dalam laut tu..” kata si pak cik.


Romi masih tak berani. Tapi kali ni Lokman nak tengok. Dia masuk ke dalam laut. Bila Lokman kembali semula,katanya dia boleh bernafas di dalam laut tu. Tak lemas. Dan dia mmg nampak jambatan emas bagai di kata. Jambatan tu mcm jambatan gantung,tapi bersambung-sambung entah sampai ke mana.


Pak cik juga banyak bertanya-tanya soalan kepada mereka. Dia tanya apa yang mereka belajar tentang hang tuah, tun teja  sebagainya. Romi pun bagitaulah apa yg mereka belajar. Kata Si Pakcik, belajar boleh, tapi banyak fakta yan salah. Hang Tuah contohnya, bukannya seorg yang lurus setia sebenarnya. Ada sisi gelapnya yg tak pernah diceritakan dalam lagenda sejarah kita. (Tolong jangan kecam part ini ye..saya cerita apa yang saya dengar sahaja)


Lepas sembang panjang, masuk waktu Isyak, mereka sekali lagi solat berjemaah. Lepas tu terus berjalan turun untuk dihantar pulang.


Yang peliknya, perjalanan pulang sangat cepat. Tak lama berjalan turun dari gunung, mereka sudah sampai ke dua buah batu besar tempat mula-mula mereka masuk ke alam lain itu. Mereka bersalaman dengan Si Pak cik, ucap terima kasih dan mula menyeberang di antara dua batu besar itu.


Sebaik kaki pertama melangkah keluar dari dua buah batu tu, apa yang mereka nampak ialah, hari siang, ada askar, anjing, paramedic. ..macam sedang sedia menunggu mereka. Elok keseluruhan badan keluar, lutut terus terasa lembik dan mereka berdua terus jatuh pengsan!


Apabila Romi sedar, dia berada di hospital. Lokman dibawa pulang ke Singapura untuk rawatan di sana. Rupa-rupanya mereka hilang lebih seminggu. Dengar kata pihak penyelamat gunakan bomoh / pawang juga untuk bawa mereka pulang. Sebab itulah penyelamat sudah sedia menunggu di lokasi dan tahu bila masa mereka akan keluar.

     

Kata Romi, dekat sebulan juga dia ditahan di Hospital Tanjung Rambutan. Memang kena soal macam-macam. Ada yang percaya ceritanya, ada yang anggap dia dah tak betul sebab dehydrated akibat lama tersesat di hutan. Lokman juga berada di situasi yang sama di Singapura. 


 Kata Romi, selepas kejadian tu, dia dan Lokman masih dapat berhubung dengan Pak cik Gunung Ledang melalui mimpi. Malah ada sesekali Lokman datang sendiri ke Gunung Ledang untuk bertemu dengan penduduk ghaib di sana. Last masa Romi cerita kisah ni, katanya sampai skrg (masa tu) Lokman masih tetap dapat bertemu dan berhubung dengan orang-orang sana. Tapi buat Romi pula, dah tak boleh lagi hubungi mereka sebab dia agak nakal dan ada melanggar larangan.


Sebenarnya ada lagi kisah Romi yan menarik untuk aku kongsi. Next aku cerita ye. Cukup dulu kisah dia dengan Gunung Ledang ni aje dulu. Panjang sangat dah ni.


Dan sekali lg diingatkan apa yang aku cerita ni berdasarkan cerita dari rakan sekerja yang mengaku ceritanya pernah mendapat liputan akhbar dalam tahun 80an dulu. Benar atau sekadar rekaan memang aku tak dapat nak pastikan. Jika benar bagai yang diceritakannya, aku rasa cerita ini menarik. 


Sumber: Maziah N Piscess KCHM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s