"Ala Masuk Sedikit Je.." Lelaki Didakwa Liwat Isteri

 

Kangar Perlis: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar di sini, hari ini, atas enam pertuduhan melakukan s3ks luar tabii dan mel1wat isterinya antara November 2019 hingga 5 Oktober lalu.


Isterinya yang sudah tidak tahan sering diminta suami untuk membuat aksi itu telah membuat laporan polis selepas dipaksa secara keras. Pada mulanya, suspek mengajak secara mulut manis nak masuk sedikit sahaja tapi telah melakukan dengan kekerasan selain suka memasukkkan alat patung bergerak.


Tertuduh Johari Adam, 58, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohammad.


Mengikut pertuduhan yang dibaca secara berasingan, tertuduh didakwa melakukan persetu.buhan bertentangan aturan tabii dan mel1wat isterinya yang berusia 33 tahun.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dua rumah berasingan di daerah ini pada sekitar November 2019, manakala 11 dan 30 September 2020 serta pada 3, 4 dan 5 Oktober 2020.


Bagi semua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta sebatan bagi setiap pertuduhan.


Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izham Ali, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Ahmad.


Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bersama seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 12 November depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s