Seorang Guru Maut Dilanggar Lari Oleh Sebuah Lori

 


Kijal, Terengganu: Seorang guru  telah dilanggar di hadapan masjid berhampiran lampu isyarat kira-kira pukul 10 pagi tadi. 


Guru tersebut menunggang motorsikal sebelum dirempuh oleh sebuah lori. 


Menurut orang ramai, guru tersebut bernama Nur Qurratu Aini Binti Mohd Azlan telah meninggal di tempat kejadian dengan kecederaan di kepala yang serius. Manakala pemandu lori tersebut lari dan kini masih diburu. 


Mangsa tersebut yang lebih dikenali sebagai Aini merupakan guru di sebuah tadika Little Caliph. Ayahnya dipanggil ke tempat kejadian untuk mengenal pasti mangsa. 


Ramai ahli keluarga dan kenalan yang sedih dengan kehilangan arwah. Sepupu dan kenalan arwah menyifatkan beliau seorang yang sangat baik. Ia pasti satu kehilangan yang besar kepada keluarga mangsa apatah lagi mangsa merupakan anak sulung. 


“Ya Allah ampunilah dia, berilah rahmat, kesejahteraan dan maafkanlah dia”

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…

 Al Fatihah 

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s