Bomoh Ditahan, Disyaki Mengarah Pesakit Wanita Buka Seluar Sebelum Mer0gol

 


Pasir Mas Kelantan: Seorang bomoh berani melakukan pencabulan terhadap tubuh seorang wanita dan didakwa mer0golnya selepas kedatangan wanita itu untuk berubat. 


Pada awalnya wanita itu bersama ibunya serta bakal suami datang untuk merawat sakit gangguan halus yang terkena pada wanita itu. 


Apabila sampai di rumah bomoh tersebut, ibu dan bakal suami tunggu di ruang tamu, manakala wanita itu disuruh bomoh untuk masuk ke bilik belakang melalui pintu belakang rumah.


Apabila berdua-duaan di dalam bilik bomoh menyuruh wanita berkenaan membuka seluar dan bomoh sempat menggesel-gesel peha wanita itu sebelum bertindak mer0gol mangsa.


Difahamkan kejadian itu berlaku di Kampung Tendong pada Jumaat lepas , yang mana bomoh itu dikenali sebagai panggilan ‘Ayah Su’ berusia 67 tahun dan isterinya ‘Mak Su’ berusia awal 60 an.


Mohd Nasaruddin berkata suspek turut memberi amaran supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa, selain berpesan kepada mangsa supaya datang sekali lagi untuk rawatan susulan.


“Mangsa yang berasa tertipu telah menceritakan kejadian itu kepada bakal suaminya serta keluarga, sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bunut Susu di sini dan pihak polis menahan suspek kira-kira 12 tengah malam,” katanya.


Menurutnya, suspek yang juga pesara itu direman bermula semalam hingga 22 Okt ini, dan kes disiasat mengikut 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.


Menjelas lanjut, beliau berkata berdasarkan siasatan awal, suspek sebelum ini berkenalan dengan mangsa di sebuah kedai dan mengatakan mangsa mengalami gangguan makhluk halus dan perlu dirawat secara tradisional olehnya.


“Suspek juga dipercayai pernah melakukan perbuatan yang sama terhadap wanita lain, memandangkan sudah menyediakan khidmat perawatan tradisional sejak 1995,” katanya.


Justeru, beliau berharap kepada mana-mana individu yang pernah diperlakukan perkara sama oleh suspek supaya hadir membuat laporan polis.


Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s