Kes Ikan Siakap Cecah Ribuan Ringgit – Jangan Dengar Sebelah Pihak | Ceo Persatuan Pelancongan Langkawi Perjelaskan

 

Sejak dari semalam tular dan mendapat kritikan ramai orang apabila seorang pelanggan memuatnaik jumlah harga makan mereka  di media facebook.



Dari posting seorang pelanggan menunjukkan resit harga ikan siakap mencecah ribuan ringgit itu adalah tidak benar, tolong jangan mendengar sebelah pihak. 


Dato Deen sebagai ceo Persatuan Pelancongan Langkawi semalam telah tampil dalam sidang live untuk menangkis perkara itu kerana beliau sendiri mendapat cerita sebenar daripada owner Restoran Froten Kilim Geopark/Man Grove iaitu Puan Shikin, tujuan sidang live itu untuk memperbetulkan apa yang salah faham kepada semua rakyat Malaysia sebab ini adalah soal industri pelancongan (baru nak bernafas kembali) takut terjejas setelah hampir dua tahun tidak beroperasi kerana pandemik.

Sidang live malam tadi di facebook Deen Lta


Dato Deen menceritakan senario apa yang berlaku, ketika pelanggan itu datang beliau ditunjuk dan dah diterangkan, ikan ini seberat 7 kg lebih dan ikan ini ikan pertunjukan iaitu sebagai ikan tarikan. Mereka datang seramai 11 orang mengatakan “buat sajalah”. Dua kali owner buat comfirmation ikan ini ikan besar takpe ke dan mereka juga mengatakan tidak mengapa tiada masalah. Sebelum ikan itu disiang kata-kata telah disepakat oleh kedua pihak.


Dato Deen menyatakan lagi, jumlah yang ada dalam resit itu adalah jumlah dua resit yang mana ada tempahan lain-lain lagi makanan, ikan yang mahal itu adalah ikan hidup, ikan pertunjukan yang baru dipancing pemancing, jika hendak dimasak akan terpupus di situ sememangnya ikan itu ikan special.


Pagi esok (pagi ini), kami akan memanggil media-media dan owner restoran Puan Syikin untuk menerangkan apa yang berlaku dan salah faham, kerana pelanggan itu sendiri begitu angkuh mengatakan boleh kami mahu ikan itu, seperti sedia maklum lagi ikan live atau ikan hidup ini adalah ikan pertunjukan kepada para pelancong, dia memangla special, seluruh langkawi jika ada restoran buat seperti itu, itu adalah penyumbang pendapatan kepada restoran itu sendiri, kenapa bersetuju mahu ikan itu.


Industri pelancongan baru nak bernafas kembali, jadi tolong jangan menviralkan apa yang tak betul dan tak berfakta, kami memberi masa 48 jam kepada pelanggan itu untuk memohon maaf secara live atau terbuka sebelum tindakan mahkamah akan diambil.


Yang mengatakan 5% cukai itu tidak benar, bank negara sendiri telah mansuhkan perkara itu, jadi jika makan di restoran froten ini ingatlah harga ikan hidup dan ikan mati tak sama, kalau tadi order ikan mati tak sampai harga macam tu, ikan hidup ini ikan live dipancing sendiri kos-kos tertentu ditanggung oleh owner kepada pemancing. Jadi janganlah membuat andaian itu restoran cekik darah memang sebegitu tarikan di Langkawi.


Sidang media akan menyusul esok (pagi ini).


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s