Anak Saksi Bapa Diserang Dan Dit3tak Dengan Parang

 


Shah Alam Selangor – Hasil siasatan mendapati seorang lelaki yang dit3tak bekerja sebagai ah long, polis mengesyaki kejadian itu berlaku kerana bermotifkan dendam.


Dalam pada itu, seorang lelaki dipercayai ah long ma.ti dit3tak dengan pa.rang oleh dua penjenayah selepas menikmati makanan di sebuah kopitiam di Lorong Batu Nilam 27A, Bandar Bukit Tinggi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu, mangsa berusia 47 tahun sempat melarikan diri di celahan kenderaan sebelum rebah dan ma.ut di hadapan sebuah restoran lain.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal mangsa bersama dua anak lelakinya masing-masing berusia 10 dan 18 tahun telah pergi ke sebuah kopitiam untuk menikmati makanan kira-kira pukul 11.50 pagi.


Katanya, sebaik selesai makan setengah jam kemudian tiga beranak itu berjalan kaki menuju ke sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire miliknya yang diletakkan kira-kira 30 meter dari kopitiam itu.


“Semasa mangsa hendak membuka pintu kereta telah didatangi tiga lelaki dari arah belakang dengan masing-masing bersenjatakan parang.


“Dua daripada suspek kemudiannya terus men3tak mangsa dan dia dikatakan sempat melarikan diri ke arah celah kereta di kawasan tersebut dan meninggal dunia di hadapan sebuah restoran bersebelahan kopitiam berkenaan,” ujarnya.


Tambah beliau, empat suspek termasuk seorang daripadanya menunggu di dalam kenderaan seterusnya melarikan diri.


“Hasil semakan mendapati mangsa bekerja sebagai ah long dan mempunyai pejabat di kawasan Bukit Tinggi Klang, Shah Alam dan Kajang dan mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan ugu.tan, pen1puan dan mendatangkan kecederaan”.


Mendapati tular video mangsa dalam keadaan menggelejat di hadapan sebuah kedai sebelum ma.ut.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s