Noryati Taib Atau Dikenali 'Makcik Petir' Komited Siapkan Tugas Sebelum Meninggal Dunia

 

Noryati Taib, juga dikenali sebagai Mak Cik Petir, beliau merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang terkenal dengan lakonannya yang bersahaja dalam drama televisyen mahupun filem. Beliau mempunyai anak saudara yang berkecimpung dalam dunia pengarah televisyen iaitu Shahrulezad Mohameddin.


Shahrulezad Mohameddin seorang pengarah dan penerbit televisyen Malaysia dan pengasas syarikat penerbitan Radius One. Karya beliau banyak mendapat tempat di beberapa stesen televisyen antaranya tv3 dan astro.

Arwah makcik petir dilahirkan di Pasir Gudang pada 12 Januari tahun 1958 dan dikurniakan 4 orang anak.


Sebelum arwah menghembus nafas terakhir beliau sempat menyiapkan lakonannya yang terakhir dalam penampilan khas Drama ‘Single Terlalu Lama di TV3’. 


Pada September 2017, Noryati dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru apabila mengalami jangkitan kuman pada paru-paru. Beliau juga menjalani pembedahan akibat komplikasi diabetes dan dibenarkan keluar selepas mendapatkan rawatan di HSI. Noryati mengalami sesak nafas sehari kemudian hingga keadaannya kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI pada 24 September 2017. Kesihatan Noryati beransur pulih sikit demi sikit tetapi menampakkan badan mulai kurus. 


Catatan peribadi dalam dunia seni lakonan

Noryati memulakan kerjaya lakonan secara tiba-tiba tanpa dirancang menerusi drama Abang! Mak Panggil Balik!. 


Filem

Drama 



Telefilem



Televisyen



Pada Februari 2021, keadaan kesihatannya merosot selepas disahkan positif COVID-19.[2] Noryati meninggal dunia pada 7 April 2021 pada usia 63 tahun di kediamannya di Pasir Gudang, Johor. Jenazah Noryati dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, pada jam 11.30 pagi, selepas solat jenazah di Masjid Al-iltihad Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang.




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s