Peniaga Tak Salah Sebab Harga Dah Ditunjuk – Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar

 

Persatuan Pelancongan Langkawi menyelar tindakan netizen yang suka mengecam tanpa asas dan berfakta, sememangnya ikan pertunjukan atau sangkar dah diberitahu harganya mahal. Dia dipancing secara live dan dimasukkan dalam sangkar, kos nak jaga ikan itu supaya hidup memang tinggi, dan kita sanggup bayar kita akan dapat rasa makan ikan fresh.


Dalam pada itu, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam ditemuramah dan berkata tidak timbul isu harga mahal atau tidak kerana lazimnya, matlamat jual beli tercapai jika kedua-dua pihak meredai (al-taradi) harga yang sudah dipersetujui lebih awal.


Pensyarah Fiqh Makanan Semasa, Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, apa yang menjadi kesalahan dalam Islam jika tiada harga dinyatakan atau tidak dibincang atau dimaklumkan lebih awal.


“Kebiasaannya mana-mana restoran makanan laut segar tidak kira pemiliknya Islam atau bukan Islam akan maklumkan dulu kepada pelanggan anggaran harga untuk berapa gram (gm) atau kilogram (kg) atau sama ada dinyatakan dalam buku menu.


“Kalau itu berlaku, pihak peniaga tidak salah kerana pemakluman harga sudah berlaku lebih awal dan kita sebagai pelanggan reda untuk mengambil ikan bersama berat pilihan kita dan dalam hal ini jual beli berlaku secara al-taradi iaitu reda antara dua pihak.


“Sepatutnya kita sebagai pelanggan yang hendak makan perlu mengira kos keseluruhan sebelum menerima atau meminta pihak peniaga memasak ikan itu. Jangan bila sudah keluar bil kita terperanjat,” katanya.


Beliau berkata demikian bagi mengulas isu penularan resit harga ikan siakap seberat 7.48 kg yang mencecah RM1,196.80 di restoran terapung di Langkawi, Kedah.


Mengulas lanjut isu itu katanya, perbuatan menyebarkan perkara yang tidak benar ditegah Islam berikutan boleh mendatangkan fitnah apatah lagi menjatuhkan periuk nasi pihak lain.


“Apa yang berlaku hari ini ada niat tak baik jika pihak yang menyebarkan ini dia faham dan mengetahui harga ikan itu lebih awal ketika ditimbang maka tidak bagus dia menyebarkan perkara tidak sepatutnya kerana ia akan memburukkan nama pihak peniaga.


“Jadi janganlah kita menampakkan yang kita ini tidak tahu halal haram serta tidak menjaga sensitiviti orang lain hingga menjatuhkan periuk nasi mereka.


“Kalau kita hendak makan, buat cara hendak makan jangan sampai kita mendedahkan atau sebarkan benda yang tidak sepatutnya itupun boleh jatuh fitnah,” katanya.


Baru-baru ini, seorang pelanggan memuat naik resit dengan jumlah bil keseluruhan makanan dan minuman mencecah RM1,759.50 termasuk perincian harga dan berat ikan siakap berkenaan.


Dalam hantaran di Facebook, pelanggan itu memaklumkan dia menyampaikan teguran dan nasihat kerana tidak berpuas hati dengan harga serta berat ikan itu yang dirasakannya tidak sepadan untuk tujuh orang makan.


Bagaimanapun, pemilik restoran terbabit pula mendakwa, harga berkenaan sudah dinyatakan dalam menu iaitu RM16 setiap 100 gm serta mencadangkan pelanggan itu memilih ikan lain yang lebih sesuai sebelum dimasak, namun dia tidak berbuat demikian.


Seorang netizen juga berkata “dulu aku belajar dengan guru aku, apabila nak makan biasakan  bayar dahulu baru makan, itu lebih selamat, suci tiada lebih kurang dan sah dari sudut jual beli”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s