Perkongsian Menyayat Hati Dari Isteri Mangsa Kemalangan Maut Di Sungai Buloh

 

Rindu yang menyiksakan jiwa adalah rindu pada orang yang tiada. Apatah lagi yang pergi ialah pasangan sejiwa kita. Pasti memberi kesan yang mendalam kepada pasangan dan anak-anak  yang ditinggalka. Begitulah liahan perasaan Puan Asyiqin yang kehilangan suami dalam sekelip mata. 

Abang, pukul 2.30 pagi tiba-tiba Kayyisa nangis yang mengejut tau. Saya bagi dia susu, dia tidur balik. Tapi abang takde dalam bilik, beg abang pon takde. Biasanya pukul 2pagi abang dah sampai rumah. Saya keluar tengok dekat ruang tamu, dapur. Sebab selalunya balik kerja abang mesti nak kudap2 kan🙂 tapi abang takde, kereta pon takde. Saya call abang banyak kali, kenapa abang tak angkat..🙁



Saya pelik sebab abang tak pernah tak angkat call. Saya tahu abang tak suka kalau jenis orang call tak angkat ni. Saya call abah tanya mana tahu abang ada dekat Rj, tapi abah cakap abang takde. Saya call ayah tanya mana tahu abang balik rumah langat ke kan, tapi ayah cakap takde. Saya call member2 yang awak selalu lepak dekat Rj, dorang tak angkat.


Saya tak sedap hati dah abang. Saya dah menggigil gigil dah😣 saya call lagi nombor abang banyak kali. Dan takde sesiapa call saya. Saya terus capai kunci kereta abah, saya nak keluar cari abang. Saya terpaksa tinggalkan anak2 kejap. Saya dah otw tu ayah call tanya abang tak balik lagi ke, ayah cakap biar ayah cari abang daripada jalan yang selalu abang lalu bila balik daripada kerja. 


Lepas saya keluar daripada petron RnR Sungai Buloh isi touchngo, daripada jauh saya dah nampak kereta lampu biru dekat hotspot accident tu. Saya fikir macam ohh dorang buat jalan kot. Tapi hati ni tetap nak tengok apa dorang buat dekat situ. Saya dah nampak kereta silver terbalik dekat seberang jalan. Saya terus berhenti line kanan. Polis tu terus marah saya “kenapa berhenti line kanan ni!? Jalan2! Bahaya!”. 



Saya tanya “kereta saga flx ke tu?”. Polis cakap “haa ye betul”. Saya tanya “nombor plat kereta?” Polis bagitahu nombor plat.


“Tu suami saya tuan!”😭

“Oh okay2, puan turun sekarang. Biar saya alih kereta puan.”

“Puan call dia banyak kali kan tadi? Saya pegang phone dia ni daripada tadi. Tapi tak boleh nak angkat, phone dah rosak, tak boleh touch dah. Kami tak dapat nak call waris sebab kami tak jumpa beg dia.”

Allahuakbar😭


Saya dah nampak plastik hitam dekat tepi kereta tu. Abang tahu tak macam mana perasaan saya masa tu?😢😭


Saya taknak tanya polis tu mana suami saya, suami saya macam mana. Saya takut! Saya takut abang!!😭 saya terduduk menangis meraung dekat tepi highway tu abang😭 saya terus call abah, ayah, abg keloy. Saya minta tolong ibu😭 saya minta tolong kak ezi😭 tolong!! Sayang nak abang!😢


Saya tak mampu abang😢

Macam mana saya nak hidup tanpa abang😭 saya jadi serba serbi tak mampu nak buat. Abang lah yang selalu tolong kemas katil, abang lah yang selalu tolong tukarkan cadar, abang lah yang selalu tolong basuhkan baju, abang lah yang selalu sidai lipat baju, abang lah yang main dengan anak2 bila saya tengah masak. Hmm macam mana abang😢 kenapa? Kenapa abang?😭


Macam2 kita dah plan abang. Rumah yang kita nak pindah, dah nak siap dah abang.


Abang lah yang paling excited nak beli barang2 rumah🥲 Abang cakap biar abang yang deko rumah tu nanti. Abang plan nak bercuti dekat Tawau, sebab Abg Aiman dah pindah Tawau. Allah sebaik baik perancang🥲



Ya Allah, kau ampunkanlah dia. Kau lapangkan lah kubur dia. Kau masukkan lah dia di SyurgaMu Ya Allah🥲


Ya Allah, kau berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk aku hadapi ujian ini Ya Allah. Berat sangat ujian yang kau bagi pada aku😭 Kau berilah aku redha atas pemergian dia Ya Allah. Kau berilah aku kekuatan untuk mendidik dan menjaga anak2 kami😢


Sayang rindu sangat sangat dekat abang😢

Tapi rindu ni lain abang😢 sentiasa rindu dan selamanya rindu😢


Sayang cinta Abang❤️

Aiman & Kayyisa sayang Abang❤️


Al-Fatihah

Arif Zulfaqar Bin Mohd Najib🤍


Semoga Allah tempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. 


“Ya Allah ampunilah dia, berilah rahmat, kesejahteraan dan maafkanlah dia”

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…

 Al Fatihah 

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين.


Kredit: Nur Asyiqin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s