Kisah Benar: Kuil Yang Disangka Taman Permainan

 


Hai,

Aku ina..Aku bukan penulis berbakat.Tapi, Aku sekadar ingin berkongsi cerita silam aku. 


Aku dilahirkan di seberang prai.. Masa kecik.. Mak aku jarang nak izinkan aku berkawan dan main diluar rumah. Almaklumlah. Masa kecik aku ni buaih( nakal)  yakmat. 


Ok.. Dah kot mukadimah pasai diri aku.Masa aku darjah 6,.kami berpindah ke Kulim, Kedah. Kawasan perumahan yang aku baru duduk ni berdekatan  dengan estet. 


Masa aku form one.. Aku mula rapat dengan sorang kawan.. Azlin namanya. 3 suku macam aku jugak. Lasak. 


Satu petang azlin datang ke rumah aku mengajak aku meronda dengan basikal BMX kami. Masa ni basikal ni top taww. Ok, Ronda punya ronda.. Kami dah sampai kawasan estet. 


Aku ni yg jarang-jarang  dpt keluar rumah. Pelik seketika. 


“Eh Lin. Tu padia???”


” Ooo play ground,” jawab Lin.. 


“Eh, Jom kita naik kuda tu.” 


Si Lin ni pun pa lagi. Dia naik satu kuda. Aku naik satu kuda (kuda patung ya)  


Aku perhati sekeliling. Ada satu bangunan. Penuh dgn patung gajah, Beruk, Ular. Tengah syok2 menunggang. Tetiba kami kena sergah. 


“Deyyy adik. .apa bikin sini… Ayyooo pigi balik!!” 


Si Lin bagitau aku itu penjaga taman permainan.. Dah kena sergah kami pun blah la.


Masa nak balik tu.. Si Lin tetiba bagitau bahu dia berat.

Masa sampai kat rumah. Dah hampir maghrib. Dari jauh nampk mak aku tengah siram pokok. Pa lgi, Pelan-pelan masuk ikut pintu belakang. Terus mndi. 


Berani buat hal. Kang tak pasal getah paip singgah belakang. Elok sudah mandi, mak si Azlin datang.


“Ina.Tadi hampa pi mana?” 


“Kami pi main kat playground acik.”


“Play ground mnaa? Taman kita mana ada play ground ceq oiii??!!”


“Dak aih acik, nuu kt simpang estet sana nuuu. Situ ada umh besaq. Banyak patung. Gajah.. Ulaq. Pastu ceq dengan Lin ragaih kuda.  Tengah-tengah kuda tu ada serampang.”


“Oiii ceq oiii!! Tu bukan playground.Tu tokong hindu!!”


Nok harram punya kawan. Hatiku mencarut. Mentang2 aku tak pernah keluar rumah! Kau kelentong aku.


Masa azan maghrib. Sawan Lin makin mnjadi2 Berbuih mulut dia. Mengamuk cakap hindu, dengan lidah terjelir… 


Mujur si Lin ni lega lepas diubatkan sorang ustaz.


Sekian untuk kali ni cerita aku masa kekecik.


Sumber: Lyn Liana Leen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s