"Saya Terus Terang La Suara Iqbal Level Karaoke.."

 


Terkini Iqbal tampil dengan album single terbarunya berjudul Hujan. Pada Isnin lalu usahawan kosmetik Ahmad Iqbal yang digosipkan percintaan bersama Dato Sri Vida melancarkan album berkenaan dan mendapat perhatian ramai.


Dr Mohd Azhar Bin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Azmeer telah memberi komen tentang nyanyian Iqbal itu, namun komposer terkenal itu yakin dengan telinganya suara Iqbal standard penyanyi karaoke.


“Minta maaf dulu, bukan nak kata tak sedap terus, tapi sekadar level karaoke yang biasa-biasa saja. Kalau dia datang menemui saya untuk menjadi penyanyi atau artis rakamam saya akan reject” katanya.


Azmeer turut memberi nasihat kepada Iqbal supaya memberi peluang kepada penyanyi lain menyanyikan lagu karya sendiri itu, jangan sia-siakan sebab lagu tu sedap, muziknya sedap, lirik dan tajuk pun bagus akan tetapi nyanyian Iqbal biasa.  Beri pada penyanyi lain untuk nyanyikan, saya berterus terang jangan kecil hati, katanya.


 Mengulas mengenai kenyataan Iqbal yang tidak menolak jika lagu tersebut layak ke Anugerah Juara Lagu, Azmeer berkata jika dia menjadi juri, lagu tersebut tidak akan dipilih.


“Kalau ada rezeki dia dapatlah ke Juara Lagu, tapi kalau nasib dia tak baik, saya jadi juri penilai, saya tak pilih lagu ini. Minta maaflah, jangan kecil hati.


“Saya seorang profesional, bagi saya lagu tersebut tak layak ke Juara Lagu, namun terserah pada juri. Kalau saya, saya tak suka, akan reject awal-awal,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s