'Caracal Ni Jenis Manja, Tengoklah Main Je Dengan Tuan Dia, Kalau Kat Luar Tu Lagi Jenis Serious Dan Tegas' – Info Caracal

 

Selalunya kita akan lihat di Malaysia rata-rata pelihara kucing yang ras biasa, comel gebu, jenis spesies siam, jenis kacuk dan lain-lain.


Berbeza dengan seorang individu ini, warga Rusia, bernama Marsel. Dia mempunyai seekor kucing jenis Caracal, kucing ini merupakan kucing liar yang biasa ditemukan di wilayah Afrika dan Timur Tengah. Bulunya berwarna kuning kecokelatan atau kemerahan dan dagunya berwarna putih.


Kucing ini digelar raja jelajah, dengan kehebatan dan berani mengembara kucing ini boleh bergerak di kawasan hutan, gurun dan sabana.


Kucing ini juga memiliki telinga yang runcing dan besar dengan hujung berwarna hitam serta sebahagian bulu telinganya berumbai.


Salah satu keunikan kucing ini, terdapat 20 otot di bahagian telinganya yang dapat berputar seperti satelit dan berfungsi untuk mengesan mangsa.


Karakal berasal dari istilah Turki iaitu Karakulak yang bererti telinga hitam.


Selain keunikan di atas adalah kucing ini dapat bertahan hidup tanpa minum dalam jangka waktu yang lama, hal ini kerana kucing Caracal memiliki sistem penyimpanan air yang baik dan kemampuan dalam memeras sisa-sisa cairan pada makanan untuk diubah menjadi bentuk tenaga agar tidak dehidrasi.


Oleh itu, ini adalah sebab bagaimana dia boleh berjalan dengan jarak jauh melintasi gurun di cuaca kering serta kemarau.


Marsel biasa memuatnaik cerita hidup dia bersama suami dan Caracal di Instagram, jika anda mahu ikuti boleh klik pada instagramnya marsel_and_co.


Caracal yang beliau memiliki jenis manja, disediakan tempat kurungan yang luas supaya kucing itu tidak menjadi stress, kalau stress boleh mendatangkan sakit-sakit lain. Tetapi tidak juga kerana kucing ini dikenali sebagai kucing tahan lasak, (mungkin tahan lasak jika bebas, kalau dibela mungkin boleh jadi stress).



Boleh lihat video-videonya



Dianggarkan harga seekor Caracal ini bermula dari RM5,000 hingga RM15,000. 


Source: Marsel_and_co, google

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s