'Duit Dalam C0li Pun Boleh Hilang' – Penduduk

 


Kota Bharu – Kes menjadi-jadi dan dapat liputan meluas apabila sebuah kampung di Kubang Kerian rata-rata penduduk kehilangan wang, kejadian terbaru berlaku pada minggu lalu.


Seorang lelaki yang mahu dirahsiakan namanya berusia 36 tahun mendakwa duit RM50 miliknya dan RM100 milik ibunya lesap dipercayai dilarikan makhluk halus semasa mereka berada di rumah.


“Apa yang mengejutkan lagi, duit yang berada di dalam poket baju dalam (coli) mak saya yang berzip pun tetap boleh hilang”.


“Jadi kami membuat laporan polis untuk menyiasat tentang perkara ini”.


Diberitakan ada seorang penduduk lagi kehilangan RM2,000 yang disimpan di rumahnya.


Apabila ditanya, lelaki itu memberitahu buat masa ini mereka (penduduk) akan menyimpan wang di bank dan akan mengeluarkannya sekiranya bila memerlukan.



Polis (gambar) sedang menyediakan laporan yang diadu penduduk berhubung kehilangan wang dipercayai angkara toyol.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Mohd Suhaimi Ali memberitahu kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 30an hingga 70an dan merupakan penduduk Kampung Pulau dan Kampung Pulong.


Dilaporkan juga 2,000 penduduk tidak tidur lena sejak akhir-akhir ini apabila semakin kerap wang hilang sama ada simpan di rumah atau berada di tangan.


Penduduk di tiga buah kampung iaitu Kampung Pulau, Kampung Tok Kenali, dan Kampung Pulong percayaa perbuatan itu angkara orang yang tak bertanggungjawab menggunakan khidmat toyol.


Sejak Februari kira-kira 20 buah keluarga mendakwa sudah menjadi mangsa toyol apabila duit mereka hilang dalam sekelip mata dengan nilai yang tertinggi pernah lesap mencecah sehingga RM10,000.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s