'Kalau Ada Media Sosial Pada 1960an, Peminat Datuk Sarimah Juga Boleh Cecah Jutaan' – Selebriti Pilihan

 

Datuk Hajjah Sarimah binti Ahmad yang pernah mewarnai filem klasik Melayu era 1960 an kekal anggun dan menawan meskipun usia cecah 70an.


Sarimah atau Hajah Sarimah dilahirkan pada 28 April 1942 dan dikurniakan 4 orang anak. Allahyarham Tan Sri P.Ramlee telah mencungkil bakat beliau pada awalnya menerusi Filem Ali Baba Bujang Lapok. Namanya cepat bersinar di era perfileman ketika itu apabila banyak syarikat perfileman terpaksa  menunggu untuk mendapat pelakon ini.


Pemuda Cair Melihat Wajah Manis Sarimah


Ketika era 60 an, pelakon Sarimah ini mempunyai ramai peminat, dengan mempunyai mata menggoda dan wajah manis membuat beliau menjadi kegilaan. Jika ketika itu sudah ada laman-laman media dan instagram follower dia juga boleh menjangkau satu juta.


Walaupun sudah lama meninggalkan dunia seni lakonan namun namanya tetap diingati dan menjadi buruan media dan peminatnya.


Sebelum ini, cucu kepada seniwati terkenal itu, yang dikenali sebagai Sadiq tular di laman sosial apabila berkongsi momen indah bersama neneknya. 



Menerusi foto yang telah dikongsinya itu jelas kelihatan pemenang pelakon wanita terbaik, Festival Filem Malaysia ke-2 1981, menerusi filem Dia Ibuku ini masih sihat dan kekal cantik meskipun usianya sudah 79 tahun. 


Datuk Sarimah kini selesa dengan hidup sederhana dan beliau menegaskan bahawa penglibatannya dalam dunia lakonan bukan untuk mengejar populariti, glamor, dan juga duit.


“Kalau dulu masa saya muda, banyak sangat saya tinggalkan, Banyak sangat saya lalai terutama dalam ibadah, sekarang saya ada masa. Anak-anak dah besar, saya pernah bercakap pada orang yang rapat dengan saya bahawa saya berlakon bukan nak mengejar populariti, bukan galmour, bukan mengejar duit”.


“Saya cuma nak membesarkan anak-anak saya, saya dilahirkan dalam keluarga yang orang tua saya akan tekankan agama. Banyak dugaan dalam filem ini bila you dah terkenal, nak dikatakan saya baik sangat tidak, tapi saya tahu siapa saya”.

Antara kredit lakonan Datuk Sarimah

Filem:

Drama:

Telefilem:


Televisyen:

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee juga watak penting menaikkan nama Sarimah dalam industri perfileman. Salam takziah Alfatihah untuk seniman itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s