(Kenderaan Rasmi Kerajaan) – Sewa Vellfire Lebih Murah Berbanding Proton Perdana – Kementerian Kewangan

 


Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan kos sewaan bulanan bagi Proton Perdana 2.4 Premium lebih tinggi berbanding jika menyewa bulanan Toyota Vellfire 2.5 sebagai kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ).


Menerusi kenyataan media, kos sewaan bulanan bagi Proton Perdana 2.4 Premium adalah RM4,854.41 sebulan manakala Toyota Vellfire 2.5 pula hanyalah RM4,851.61 sebulan.


“Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan penukaran kereta Proton Perdana kepada kenderaan lain seperti Vellfire  selepas ini”.


“Untuk makluman peruntukan kenderaan rasmi jawatan boleh ditukar setiap empat tahun sekali, memandangkan kereta sekarang ada yang mencecah usia 6-7 tahun”.


Kerajaan memutuskan untuk menggantikan kereta Proton Perdana Premium 2.4 kerana  pengeluarannya telah ditamatkan pada 2014 dan ingin menggantikan dengan Toyota Vellfire 2.5 sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s