Salima Habibi AF4 Geram Pemilik Kedai Menipu | Kini Kumpul Bukti Untuk Tribunal Pengguna

 


Salima Habibi giat mengumpulkan bukti berkaitan dengan isu ‘Siakap Kayangan’ yang tular kini. Menurut Salima, beliau adalah salah seorang yang makan siakap tersebut dan sangat terkejut dengan harga yang tak masuk akal dikenakan pihak kedai kepada mereka. Oleh itu, kenalannya telah menularkan bil harga siakap tersebut di laman sosial supaya orang ramai tidak lagi terkena dengan taktik tidak telus oleh peniaga kedai. 


Beliau berkata ” kami hanya 7 orang tetapi peniaga mengatakan kepada media kami melebihi 10 orang”. 


Sambungnya lagi 

” agak tak masuk akal kami hendak menempah ikan siakap yang nak makan sampai 30 orang. Agak-agak kalau dari awal  kami tahu ikan sebesar meja kami ambil tak ikan tu? Logik ke kami 7 orang makan ikan 7 kilo? Takkan seorang kena makan sekilo ikan?



Selain itu, Salima berkata pemilik kedai tidak mengajak mereka untuk melihat saiz ikan tersebut. Terdapat tiga orang saksi disebelahnya ketika mereka memesan makanan tersebut. Sedangkan pemilik kedai mengatakan kepada wartawan yang dia telah mengajak mereka untuk melihat saiz ikan. Menurutnya lagi, pemilik kedai cuba menipu dan memutarbelit fakta. Salima juga berkata jangan mudah percaya dengan  kata-kata sebelah pihak. 


Selain itu,  dia dan rakannya tidak mahu menerima duit daripada Dato Sri Vida yang sebelum ini ingin membayar balik harga makanan yang mereka tempah di restoran tersebut kerana hal ini bukan berkaitan dengan duit. Tapi unsur penipuan dalam perniagaan perlu dielakkan. 



Salima turut mengumpul bukti daripada pelanggan yang pernah terkena dengan restoran tersebut. Selepas ini Salima berpesan dengan orang awam supaya berhati-hati ketika makan di restoran tersebut.


Salina Habibi merupakan seorang penyanyi yang menyertai Akademi Fantasia Musim 4. Beliau telah berkahwin dengan ustaz Syed Abdul Qadir Aljofree  dan dikurniakan dua orang anak.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s