'Tak Sempat Tengok Majlis Kahwin Anak Lagi 7 Hari, Pelakon 7 Hari Mencintaiku 2 Idris Md Diah Meninggal Dunia'

 


Pelakon veteran dan terkenal tanah air, Mohd Idris Mohd Diah yang selalu mengambil watak bapa dan datuk dalam filem dan siri drama melayu sering dipuji. Kualiti seorang insan bernama Pak Deris ataupun Idris dalam lakonan tidak mengecewakan pengarah.


Bukti Dapat Tawaran Berlakon Dalam 7 Hari Mencintaiku 2


Bakat dan kualiti lakonannya sehinggakan dipanggil pengarah Jamal Khan untuk berlakon sebagai bapa sangat menjadi di dalam siri yang mempunyai 33 episod itu.


Terkilan Bapa Tak Sempat Tengok Anak Kahwin


Idris Md Diah dan isteri Che Hawa Abu Bakar dikurniakan dua orang anak, lelaki dan perempuan, sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir Idris sudah siap semua perancangan mengenai majlis kahwin anak perempuan bernama Nur Alia Muliyani Mohd Idris 27. 


Menurut Alia dia hanya sempat bawa arwah bapa ke lokasi majlis perkahwinan dia sahaja, untuk majlis Allah lebih menyayangi beliau, katanya.


“Memang terkilan dan sedih sebab saya satu-satunya puteri arwah tinggal beberapa hari saja lagi untuk menamatkam zaman bujang, namun abah pergu jua”.


Meninggal Dunia Mengejut


“Menurut Alia lagi, dia tahu bapanya ada penyakit kencing manis sahaja, lain takde, sebab tu la agak terkejut di atas pemergian arwah abah”.


Allahyarham Idris 61, terkenal dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 dikatakan meninggal ketika sedang tidur kira-kira pukul 2.30 pagi di kediamannya Presint 9 Putrajaya. 


“Arwah seorang yang tak banyak cakap, seorang yang ambil berat tentang keluarganya”, katanya.



Kerjaya


Allahyarham Idris memulakan kerjaya sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), selepas menamatkan kerjayanya di FINAS, beliau memulakan kerjaya lakonan sepenuh masa dan sejak itu beliau terus aktif berlakon kebanyakan di televisyen.


Antara kredit drama, filem, siri televisyen lakonan arwah: 


Filem Sunting

Janin (2010)

Gamatisme (2015)

Televisyen Sunting

Kebangkitan (1989)

Bingong (1990)

Kepintu Khaliq (1999)

Anak Emak Merdeka (2001)

Indera Joned (2012)

Cinta Qaseh (2013)

Dalam Setiap Sujud (2013)

Love You Mr. Arrogant (2013)

Kifarah 2: Durian Oh Durian (2014)

Kifarah 2: Zuriat (2014)

HidayahMu Ramadan (2015)

Wadi (2015)

Cinta Si Wedding Planner (2015)

7 Hari Mencintaiku (2016)[4]

Cucu Tauke Beras (2017)

Menantu Bilal (2017)

Andainya Takdir (2017)

Zahir Tak Terucap (2018)

Andainya Takdir 2 (2018)

Kenduri Hari Merdeka (2019)

7 Hari Mencintaiku 2 (2020)

Jalan Sesat Ke Syurga (2020)

Cinta Untuk Raf (2021)



Salam takziah semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman dan soleh. Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s