Tidak Sangka Apa Yang Terjadi Selepas Isteri Datang Proses Pengecaman Mayat Suami Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Ipoh

 

Banjaran Hotspring yang berada di Ipoh Tambun terkenal dengan hotel yang unik dikelilingi gunung dan bukit, bersebelahan dengan taman tema air Lost World of Tambun. Hotel ini juga mencecah ribuan ringgit untuk menginap satu malam.


Dikelas sebagai kategori 5 bintang, dilindungi dengan privasi dan keselamatan yang tinggi membuat para pelancong tertarik untuk menginap di sini.

Namun baru-baru ini, telah berlaku kekecohan apabila berlaku tanah runtuh serta batu besar gunung bergolek menghempap bangunan hotel itu.


Akibat daripada kejadian itu, dua orang mangsa telah disahkan tertimbus di dalam tanah runtuh itu, Pihak bomba dan penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian selepas mendapat panggilan hotel yang mana kawasan itu telah dihempap sebuah batu besar.



Hasil siasatan mendapati tanah dan batu itu hanya meranapkan belakang sebuah bilik hotel betul-betul berhampiran gunung, dia tidak merosakkan beberapa bilik lain, pihak hotel terkejut bilik yang terkena itu mempunyai dua orang mangsa di dalamnya.


Selepas diteliti, pengunjung bernama Ooi Chee Wei 39 tahun Lelaki dan Lee Tze Juin 32 tahun Perempuan di dalam bilik berkenaan. Proses pencarian mengambil masa 10 jam dari pukul 12 tengah malam hingga jam 10 pagi. 


Pihak berkuasa berjaya menjumpai mayat lelaki pada jam 10.05 pagi dan mayat perempuan 13 minit kemudian. Mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk proses bedah siasat. 


Mayat berkenaan dijumpai dalam bilik jakuzi milik mangsa, dalam pada itu, isteri kepada Ooi Chee Wei telah datang ke HRPB dari Kuala Lumpur untuk proses pengecaman dan menunjukkan tanda betul itu adalah suaminya. Isteri Ooi terus bergegas balik ke Kuala Lumpur.



Pihak bomba berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut akibat bencana alam, hujan juga berterusan dari awal malam hingga lewat mencetuskan kejadian tanah runtuh.


Sementara itu, di Kuala Lumpur, ahli keluarga mangsa ketika ditemui hari ini enggan bercakap kepada media dan meminta privasi. Wartawan bertemu dengan salah seorang jiran Lee di Kepong, yang mendakwa sebagai saudaranya. “Maaf, kami tidak boleh berkata apa-apa. Kami sangat sedih dan tertekan dengan berita itu. “Terima kasih kerana memahami keadaan kami,” kata jiran itu. Kemudiannya melawat rumah Ooi, yang terletak kurang lima minit dari kediaman Lee. Bagaimanapun, ketika itu namun tiada sesiapa di rumah.


The Banjaran Hotspring Retreat Ipoh Tambun


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s