'Jelingan Maut Fran Pada Jamal Satu Lagendary | Francissca Peter Jatuh Cinta'

 


Francissca Peter atau lebih dikenali sebagai dengan panggilan Fran dilahirkan pada 6 September 1961 di Ipoh Perak. Penyanyi yang dikagumi ramai peminat tanah air ini menjadi tumpuan ketika lewat 80 an hingga awal 90 an di mana nama Fran dalam industri nyanyian menjadi penyeri.


Wow, hebat kan aura Fran ni! Lagi mengenai Fran, beliau mempunyai lagu lebih daripada 20 buah lagu popular sehingga pada eranya dianugerahkan “Vokal Wanita Terbaik” sebanyak lima tahun berturut-turut pada pertengahan 1980an. Bagi admin vokal dia memang terbaik sepanjang masa cuma beliau jer tak berapa aktif untuk sekarang. 


Rekod Wanita Pertama Dianugerah Juara Lagu di AJL 1 Dengan Lagu Sekadar Di Pinggiran

Beliau juga dikenali sebagai guru vokal yang mendapat peranan juri untuk beberapa pertandingan, beliau juga mengadakan kelas tarian, kelas mencipta lagu, serta mengendalikan beberapa bengkel motivasi tentang pengurusan artis dan pengurusan vokal.


Beliau juga digelar “The Fundraising Queen” kerana banyak terlibat dengan kerja-kerja amal dan kebajikan masyarakat.


Fran mempunyai 4 beradik yang mana beliau anak kedua dan mendapat pendidikan di Sekolah Marian Convent Ipoh dan terus membesar di dan bersekolah di Sekolah Sultan Alam Shah di Petaling Jaya dan seterusnya di Sekolah Kebangsaan Selayang. Setelat tamat sekolah beliau mengambil kelas menaip dan mula bekerja sebagai wakil jualan dan seterusnya menjadi pembantu pegawai perhubungan awambdi sebuah kilang batik yang terkenal.


Jelingan Maut Fran Pada Jamal Abdillah Cukup Lagenda


Konsert Kenggulan 33 Tahun Francissca Peter 


Pada 4, 5, dan 6 Februari 2011, Fran telah mengadakan Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter di Panggung Sari, Istana Budaya menjadi artis bukan melayu pertama membuat Konsert di Istana Budaya sempena 33 tahun pembabitannya dalam industri muzik Malaysia. Menyampaikan 33 lagu, Persembahannya diiringi 33 orang pemuzik yang dipimpin oleh pengarah muzik tersohor, Datuk Haji Ramli MS. Rakan duetnya, Royston Sta Maria turut diterbangkan khas dari Perth Australia untuk berpadu suara menerusi lagu berjudul , Tak Kenal Maka Tak Cinta, Siapa Dia Sebelum Daku dan Bersama Pertemuan Ini.


Ketika konsert prebiu untuk media yang dibuat sehari sebelum konsert sebenar, Fran yang selama ini bijak menyimpan rahsia peribadi beliau, telah mengumumkan perpisahan beliau dengan suami sejurus sebelum mendendangkan lagu “Aku Kehilanganmu”.


Wanita Yang Paling Berinspirasi di Malaysia


Pada 8 Mac 2011, Fran telah dipilih sebagai salah satu daripada wanita-wanita yang paling berinspirasi di Malaysia. Lagu “Tomorrow” dan “It Starts with Me” telah dipilih oleh The International Aid Organisation World Vision pada tahun 2012 untuk mempromosikan biasiswa kanak-kanak menerusi saluran TVB Hong Kong. Lagu tersebut ditulis oleh Fran dan Bibiana Peter.


Keluarga Dan Perkahwinan



Bapanya, Lucian Gabriel Peter atau nama islamnya, Muhammad Gabriel Peter Abdullah telah meninggal dunia pada 12 April 2011 di Dungun, Terengganu pada usia 78 tahun. Bapanya pernah berkhidmat dalam Tentera British dan mengajar askar-askar Britain mengenai tatabahasa dan ejaan bahasa Inggeris. Selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, bapanya menjadi salah satu wartawan pertama untuk Reuters International di Malaysia. Kemudian, bapanya bekerja sebagai penyunting di Bernama, New Straits Times, dan Straits Echo. Sebuah buku yang ditulis bapanya berjudul The Phantom Doctors.


Fran telah mendirikan rumah tangga pada 1993. Namun, rumahtangga Fran tidak kekal lama apabila beliau mengambil keputusan untuk berpisah dengan suami pada penghujung tahun 2009 atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.


Pencapaian



Sejak dari tahun 1984 lagi, Fran telah banyak kali dinobatkan sebagai Penyanyi Terbaik melalui undian dibuat di suratkhabar berbahasa inggeris dan berbahasa melayu. Ketika itu undian cuma dibuat melalui kad yang diberi oleh syarikat rakaman dan akan dihantar oleh peminat-peminat ke pihak yang menganjurkan Festival/Anugerah tersebut.


– Juara Asian Song Festival 1987

– Penyanyi Wanita Popular (ABPBH) Anugerah Bintang Popular Berita Harian1987

– Juara Keseluruhan – Anugerah Juara Lagu 1986 – menerusi lagu Sekadar di Pinggiran

– Tempat Ketiga Keseluruhan – Anugerah Juara Lagu 1987 – Kerna Terpaksa

– Naib Juara Keseluruhan – Anugerah Juara Lagu 1988 – Diriku Terbelenggu

– Jualan Album

    * Anugerah Platinum Berkembar 2 untuk album Sekadar Di Pinggiran

    * Anugerah Platium untuk album Kau Bintangku, Fran Harapan & Pasti Kembali

    * Anugerah Emas untuk album Aku Hanya Pendatang & Mawar Terpinggir


Aktif Dalam Kerja-Kerja Amal dan Kebajikan


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s