NoorKhairiah Migrain Dituduh Scam Duit Orang Ramai | Scam Dengan Video Iklan

 


Pelakon popular NoorKhiriah hari ini menafikan sekeras-kerasnya yang beliau terlibat dengan sindiket pelaburan secara haram di dalam laman web sebuah syarikat swasta.


Syarikat tersebut iaitu LLI Management telah mengambil video Khairiah tanpa persetujuannya dan meletakkan video tersebut di dalam laman web syarikat itu. Tujuannya adalah untuk menarik kepercayaan pelabur untuk melabur di syarikat berkenaan yang  kononnya akan menjanjikan pulangan yang lumayan dalam masa singkat. 


Sedangkan video tersebut merupakan iklan milik syarikat WR Trader Academy. Menurut pemilik syarikat tersebut, entiti LLI Management atau Vanguard Investment didapati telah mencuri iklan WR Trader Academy (Nor Khiriah) tanpa kebenaran mereka. 



Syarikat ini didapati menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram.


Menurutnya lagi 


“ingin ditegaskan WR Trader Academy tidak pernah mengambil deposit untuk tujuan pelaburan.


WR Trader Academy adalah satu entiti pendidikan dan semua pelaburan haruslah dilakukan oleh peserta secara terus ke Bursa Malaysia.


Buat pengetahuan semua, kami tidak mengenali dan langsung tiada kaitan dengan pihak-pihak berkenaan.


Kami ingin menasihatkan untuk tidak terlibat dengan pelaburan haram sebegitu dan kami tidak bertanggung jawab terhadap segala kerugian dan kehilangan yang berlaku disebabkan oleh entiti-entiti ini.


Kami akan melaporkan penganiayaan dan salahguna ini kepada pihak polis dan badan berwajib yang lain”.



Mereka telah membuat laporan polis berkaitan dengan penipuan yang mencemarkan nama baik syarikat tersebut. 


Khairiah anak kelahiran Raub Pahang ini  juga berharap netizen berhenti menuduhnya. Menurutnya, “duit tidak akan datang dengan senang melainkan berusaha dengan gigih. Dirinya juga bekerja siang dan malam untuk mendapatkan duit kerana mencari wang  bukan mudah  seperti  petik  daun kat pokok”  katanya.


Sumber: Khairiah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s