Pengarah Dan Penerbit Shahrulezad Mohameddin Positif Covid | Alami Happy Hypoxia

 


Shahrulezad Mohameddin atau panggilan mesranya Ijat, kini sedang bertarung melawan virus Covid-19. Bacaan oksigen dalam paru-paru beliau dikatakan masih belum stabil. 

Doktor menasihatkan beliau berehat dan kurangkan pergerakan badan terutama berdiri. 


Menurutnya, doktor memberitahu salah satu punca kematian mengejut akibat jangkitan Covid-19 iaitu  gejala happy hypoxia. Gejala ini berlaku ketikk kandungan oksigen rendah dalam kalangan pesakit Covid-19 namun pesakit tidak menunjukkan apa-apa gejala yang akan menjadi pembunuh senyap kepada pesakit. Pesakit tiba-tiba pengsan atau mati mengejut. 


Pesakit yang terkena virus Covid perlu rehat yang cukup walaupun mereka telah beransur sihat. Hal ini kerana badan mengambil masa yang agak lama untuk pulih semula selepas terkena serangan virus Covid-19. 


Ijat turut mengesyorkan supaya orang ramai mengambil vaksin untuk menghalang virus ini merebak dengan lebih teruk dalam badan. Cepat atau lambat sesiapa sahaja berisiko terkena virus ini katanya. 


Shahrulezad Mohameddin merupakan seorang pengarah dan penerbit televisyen Malaysia dan pengasas syarikat penerbitan Radius One. Karya beliau banyak mendapat tempat di beberapa stesen televisyen termasuk TV3 dan Astro. 


Dramanya pernah menjadi bualan ramai sehingga menjadi fenomena rakyat Malaysia iaitu Takdir Yang Tertulis. Moga Ijat cepat sembuh dan kembali berkarya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s