Ramai Tanya Pelakon Popular 'Yeh Sekupang' Sakit Apa Sebelum Meninggal Dunia

 

Selain nama Yeh Sekupang gelaran Rab Khalid juga dipanggil ketika sesi penggambaran mahupun di luar penggambaran. Nama sebenar diberi ibu dan ayah ialah Khalid bin Shamsuri, dilahirkan pada 5 Disember 1970.


Gelaran Yeh sekupang lekat terus padanya kerana nama dalam lakonan Rumah Pusaka Di Simpang Jalan. Beliau dilahirkan di Parit Buntar Perak.


Beliau mempunyai enam beradik dan anak kedua daripada semua, dengan lakonan bersahaja dan berkomedi namanya meningkat naik mula dari karya Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit, Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya dan 16 Puasa. 


Pemergian Yeh Sekupang Amat Dirasai – Mamat Khalid 



Pengarah, Mamat Khalid membatalkan penggambaran supertelefilem 17 Puasa yang sepatutnya bermula semalam selepas pemergian seorang pelakonnya, Khalid Shamsuri atau Rab Khalid.


Katanya, kehilangan pelakon yang membawa karakter Yeh Sekupang bermula dalam filem Estet dan Rumah Pusaka Di Simpang Jalan arahannya begitu dirasai seluruh produksi hingga sukar untuk dia meneruskan penerbitan drama satira itu.


“Rab bukan hanya pelakon, malah arwah yang saya kenali sejak 1999 ketika menjadi jurukamera sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Arwah adalah kawan yang sentiasa menyenangkan semua orang.


“Saya meminta arwah beraksi di depan kamera ketika penggambaran filem Estet, namun pada masa sama turut bertanggungjawab sebagai pembantu pengarah. Rab punya bakat tersendiri dan sejak itu, banyak filem lain yang dibintanginya.


“Paling mengesankan apabila arwah melakonkan karakter Yeh Sekupang dalam Rumah Pusaka Di Simpang Jalan hingga saya saya mengekalkan karakter itu dalam supertelefilem arahan saya bermula 15 Puasa, disusuli 17 Puasa. Apabila arwah pergi, tiada sesiapa yang boleh menggantikan watak itu,” katanya.


Rab yang sinonim dengan filem terbitan Mamat menghembuskan nafas terakhir di Unit Penjagaan Koronari (CCU), Hospital Ampang akibat serangan jantung kira-kira jam 4.15 petang semalam. Jenazah Allahyarham yang berasal dari Parit Buntar, Perak dikebumikan di kampungnya.


Selain Rumah Pusaka Di Simpang Jalan, watak Yeh Sekupang turut ‘melekat’ dalam beberapa produksi lain termasuk Hantu Kak Limah, Hussin, Mon & Jin Pakai Toncit dan Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya.


Sementara itu, kata Mamat pihaknya kini dalam perincian menghasilkan sebuah produksi lain bagi menggantikan 17 Puasa yang sepatutnya disiarkan pada Ramadan tahun ini.


Pada masa sama, Mamat turut berhasrat mendedikasikan filem terbarunya, Hantu Kak Limah 3 yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi kepada Allahyarham.


“Arwah turut berlakon dalam filem ini yang menjadi lakonan terakhirnya. Filem itu masih dalam proses suntingan. Sepatutnya, semalam kami mulakan penggambaran 17 Puasa, tetapi ditunda selepas Rab dimasukkan ke hospital.


“Sehari sebelum meninggal dunia, arwah sempat meluahkan kerisauan apabila penggambaran tertangguh kerana masalah kesihatannya. Saya memujuknya dan meminta arwah berehat supaya segera sihat.


“Semalam pada jam 4 petang, saya kembali semula ke hospital untuk melawat dan keadaan kesihatan arwah semakin menurun. Namun, 15 minit selepas itu arwah disahkan meninggal dunia,” katanya.


Kerjaya


Filem:



Telefilem:



Anugerah dan Pencalonan




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s