Anak Maut Dilanggar Lori Selepas K3lar Leher Ibu

 


GURUN, KEDAH: Seorang anak tergamak meng3lar leher ibunya selepas berlaku pertengkaran di antara mereka dalam kejadian di Batu 5, Jalan Jeniang dekat Gurun, awal pagi Rabu.


Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6 hingga 7 pagi di mana suspek turut memotong cuping telinga mangsa sebelum bertindak melarikan diri.


Katanya, ketika kejadian hanya suspek dan mangsa berada di rumah.


“Hasil siasatan awal mendapati suspek menggunakan senjata pisau tumpul dan sehingga kini polis masih mencari senjata digunakan suspek dalam kejadian itu.


“Selepas melakukan perbuatan itu, suspek keluar rumah dengan menaiki motosikal sejauh lebih dua kilometer sebelum bertindak memberhentikan motosikalnya dan meninggalkannya di bahu jalan.


“Suspek kemudian bertindak nekad meluru ke tengah jalan dan maut dilanggar lori,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di lokasi kejadian.


Polis sedang menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.



Sumber: Astro Awani

Gambar: Media Sosial

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s