Bangkai Kucing Berselerak Dalam Rumah Sewa Dibiarkan Mati Kelaparan

 


‘Penyewa dari neraka’  gelaran yang diberikan oleh orang ramai kepada penyewa rumah seorang lelaki yang didapati meninggalkan sebuah rumah sewa dalam keadaan yang sangat kotor.


Menerusi hantaran di Facebook Khirmanullah Ae, dia terkejut sebaik sahaja mendapati rumah yang disewakan itu ditinggalkan dalam keadaan tidak terurus dipenuhi sampah sarap dan bangkai kucing.


“Semoga dikurniakan hidayah. Selalu terbaca penyewa dari neraka. Kali ini saya alami sendiri, Allahuakbar. Yang penting sabar je lah.


“Dari tiga bulan lepas asal nak datang rumah ini penyewa beri seribu satu alasan. Nak bagi kita masuk. Tapi dapat juga masuk, memang tahu penyewa ada bela kucing,” katanya.


Katanya, waktu meninjau rumah itu, keadaannya memang kotor dan berbau busuk.


“Sebelum ini pun dia punya kotor jangan cakaplah, nasi SOP kena pakai ‘mask’ jadi tidaklah bau sangat. Kalau tidak, boleh hilang selera makan.


“Selepas sebulan yang lalu kita bagi notis penyewa untuk keluar dan kosongkan sebab rumah ini saya dah jual. Memang agak liat dia nak keluar, macam-macam alasannya,” jelasnya.


Selepas memberi pelbagai alasan, penyewa tersebut akhirnya keluar dari rumah tersebut tetapi, rumah itu ditinggalkan dalam keadaan yang menjijikkan.



“Kasihan kucing itu, kalau dah tak boleh bela lepaskan. Sampai tinggal tulang pun ada, Allahu. Macam mana hidup nak berkat,” katanya.


Terdapat 4 ekor babgkai  kucing yang ditinggalkan dalam rumah terbabit. Ada  yang sudah lama mati sehingga tinggal rangka. Ada juga yang baru mati. Kucing  itu dikurung dirumah dan dibiarkan kelaparan selepas tuan rumah meninggalkan rumah sewa tersebut.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s