DSV Terjah Restoran 'Siakap Seribu' Hanya Bayar RM277 Sahaja

 


Sebelum ini viral kisah siakap berharga RM1000 ringgit di Kilim, Langkawi. Dato Seri Vida (DSV) sempat berkunjung ke sana untuk merasai kenikmatan ikan siakap segar tersebut. 


Menurut DSV, ketika memilih ikan, pelanggan perlu melihat harga yang di pamerkan kemudian memilih ikan serta mengetahui harga ikan tersebut sebelum dimasak. Tujuannya, supaya selepas makan nanti pelanggan tidak terkejut dengan harga bil yang ditunjukkan peniaga. 


Jumlah bayaran yang dikenakan RM918 sahaja. DSV hanya mengambil siakap seberat 2 kilo yang berharga RM277.10. Dalam video tersebut, makanan yang dihidangkan sangat menyelerakan. DSV sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh peniaga berkenaan. 



Namun lain pula pengalaman yang dirasakan oleh Salima Habibi AF4 yang merupakan mangsa ikan siakap RM1000 itu. Dia menjelaskan, peniaga tidak menyuruh mereka memilih ikan tetapi hanya membuat anggaran dengan menggunakan tangan berapa besar ikan yang mereka akan dapat. Sedangkan pelanggan sudah menerangkan mereka hanya mahu ikan siakap sederhana untuk 7 orang. Peniaga juga tidak mengajak mereka melihat atau menimbang ikan sebelum di masak. 


Setelah makanan masak, pelayan menghidang lima pinggan ikan siakap yang dirasakan tidak masuk akal untuk dimakan  dengan hanya 7 orang.  Pada awalnya mereka hanya mengeluarkan 2 pinggan ikan siakap sahaja. Setelah Salima dan keluarganya makan, barulah mereka mengeluarkan 3 pinggan lagi. Setelah itu, barulah mereka tahu ikan tersebut seberat 7 kilo dan merupakan ikan pameran yang telah dihidangkan kepada mereka. Salima telah membuat laporan polis kerana tidak mahu lagi pelanggan lain tertipu. 


Menjengah ke ruang komen,  netizen melihat penambahbaikan yang telah dilakukan oleh pemilik restoran sebelum dan selepas viral. Contohnya, set pinggan mangkuk yang cantik. Kerana sebelum ini mereka datang ke sana dihidang dengan pinggan berwarna-warni dan gelas plastik yang sudah lama. 


Diharapkan selepas ini, peniaga dapat memperbaiki perkhidmatan mereka. Paksa pelanggan untuk pilih ikan sendiri dan timbang. Supaya tidak terjadi salah faham yang akan merugikan perniagaan mereka. Pelanggan juga perlu bertanya berat ikan sebelum bersetuju untuk dimasak. Jika hanya menggunakan anggaran peniaga, bersedia  untuk membayar melebihi harga dalam dompet. 


Harga mahal bukan masalah kerana ia terletak ditengah laut, kos pengangkutan juga perlu diambil kira. Pemilik turut menjual makanan laut segar. Walau bagaimanapun, pelanggan perlu memeriksa harga supaya bersesuaian dengan poket anda.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s