Pelakon Antara Dua Darjat Kuswadinata Menderita Penyakit Kanser Usus Sebelum Meninggal Dunia

 


Kuswa bin Bujang atau dikenali nama pentas seni ‘Kuswadinata’ dilahirkan pada 8 September 1938 di Jalan Thomson Singapura, panggilan sapaan sebagai tanda hormat di lokasi adalah Pak Kus. 


Tahun permulaan kerjayanya pada 1958 selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan yang pertama. Antara filem yang popular dilakonkan adalah Antara Dua Darjat (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Batu Durhaka (1962), Detik 12 Malam (1979), dan Sikit Punya Gila (1982).


Gelaran Nata



Ramai yang nak tahu kenapa gelaran Nata diberi. Nata itu adalah nama seorang bapa saudaranya yang digabung bersama namanya menjadi Kuswadinata, yang berasal dari Pontianak Kalimantan Barat Indonesia. Bapa Kuswa sendiri berasal dari Rembau Negeri Sembilan.


Dulu-dulu kalau kelahiran seorang anak, bapa saudara akan gembira dahulu itu yang terjadi gabungan nama.


Kerjaya



Pada mulanya beliau berlakon dalam filem Orang Lichin arahan Datuk L Krishnan sebelum mendapat tawaran watak berat dalam filem Antara Dua Darjat bersama Tan sri P. Ramlee, Saadiah dan Ahmad Nesfu. Beliau memegang watak Engku Hassan sebagai abang tiri kepada Tengku Zaleha lakonan Saadiah.

Beliau juga berlakon dalam filem Indera Bangsawan bersama Jins Shamsuddin, Sarimah dan Haji Mahadi. Watak lakonan beliau yang paling diingati ialah sebagai suami beristeri dua dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Tan Sri P. Ramlee pada 1961.


Selain berlakon dalam filem tempatan, beliau turut berlakon dalam filem antarabangsa seperti Little Adventure, Pretty Girls dan Beyond Rangoon.


Hingga hari tuanya, beliau aktif berlakon dan filem terbaru lakonan beliau ialah Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid.


Ketika berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-2 pada 1981, beliau telah dicalonkan untuk merebut anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi watak pendekar purbakala bernama Indra dalam filem Serampang Tiga; namun beliau tewas kepada lakonan hebat Rahim Razali dalam Abang.


Pada 16 Februari 2013 beliau meninggal dunia di Hospital Ampang akibat masalah buah pinggang dan kanser usus.



Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas Zohor pada hari Ahad 17 Februari 2013.


Filem


Drama

Telefilem

Televisyen

Anugerah

Pelakon veteran Festival Filem Malaysia 2007


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s