Ramai Nak Kenal Dengan Sharifah Rose, Ini Fakta Tentang Dirinya

 


Selama dekat 6 bulan slot Lestary ditayangkan di TV3 Kekasih Hati Mr Bodyguard akhirnya melabuhkan tirai 6 November lalu, sejak 15 Mei lalu sebanyak 33 episod memberi macam ragam tentang percintaan, kehidupan dan kekeluargaan. Antara pelakon utamanya adalah Sharifah Rose itu sendiri, namanya meningkat naik dan mendapat pengikut hampir satu juta di instagram.


siapakah Sharifah Rose, nak juga kenal kan, ok ini fakta ringkas tentang dirinya khas buat para peminat.


1. Sharifah Rose anak kepada pasangan Syed Mohd Mazfira Syed Mohd Bakar (bapa) dan Noraini Dahlan (ibu) yang berdarah kacukan arab daripada sebelah bapa, manakala ibunya berdarah Melayu-Jawa.


2. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 Shah Alam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam, seterusnya melanjutkan pengajian dalam jurusan Ijazah Perniagaan (Pemasaran) di UOW  Malaysia Kolej Universiti Damansara Utama (KDU) KDU, Glenmarie, Shah Alam dan Asasi Undang-Undang di Universiti  Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Dengkil, Selangor.


3. Telah muncul sebagai pelakon drama berepisod Kekasih Hati Mr Bodyguard, Kisah Cinta Rumi dan Cerita Hantu Asrama.


4. Pernah mengikut kelas lakonan bersama pelakon Ellie Suriaty dan Nabila Huda dalam usaha meningkatkan mutu persembahan lakonan.


5. Sebelum menceburi dalam dunia lakonan, namanya terlebih dahulu diperkenalkan sebagai model pada tahun 2016 untuk peragaan jenama-jenama fesyen muslimah.


6. Pernah digosipkan berhubungan cinta dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, iaitu Aazief Khalid, namun ikatan mereka dikatakan sudahpun berakhir.


7. Selain berbakat dalam dunia peragaan dan lakonan, Sharifah juga mempunyai minat dan berkemahiran melukis.


8. Beliau menzahirkan minat dalam bidang nyanyian, namun kekurangan bakat membataskan impian itu.


9. Seorang yang bertubuh kecil dengan ketinggian yang rendah, walaupun kelihatan sebaliknya dalam perkongsian gambar di Instagram.


10. Ramai yang sangka dirinya berperwatakan lembut, sedang hakikatnya seorang yang garang dan tegas.


Profile Ringkas Sharifah Rose 


– Nama sebenar Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira.


– Berumur 23 tahun (2021)


– Tarikh lahir pada 26 November 1998


– Berketinggian 160 cm dan berat badan 46 kg


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s