Ramai Pilih Adibah Noor Dan Ani Mayuni Calon Juara Gegar Vaganza 8

 


Debaran makin terasa tanggal 21 November 2021 ini hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria akan berkumandang di kaca tv Gegar Vaganza musim 8 (GV) apabila pesaing dibarisi yang otai-otai dan hebat.


Kali ni orang kata memang de bom kerana penyanyi yang mempunyai vokal terbaik menyertai program ini, antaranya Bandi Amuk (Akar dan Bumi), Aweera (andaiku bercinta lagi), Datuk Fazley Yaakob (Asmara Ini), Aliff Aziz (Sayang-sayang), Saiful Apek dan Yaasin, serta kumpulan Nico. 


13 bintang utama Gegar Vaganza 8 (GV8) kali ini terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan.


Kualiti Vokal Adibah Noor 



Ramai menyebut Adibah Noor mempunyai kualiti suara yang terbaik, dan beliau boleh menjuarai Gegar Vaganza kali ini, namun apapun mesti mahu berentap dahulu.


Tidak kurang juga Ani Mayuni dilabel sebagai Queen of Dangdut mampu memberi persembahan terbaik dan boleh menjuarai GV8 ini.



Cuma admin terfikir mesti peminat dia lelaki kan pilih Adibah Noor dan Ani Mayuni jadi juara. 


Banyak lagi lain boleh calon juara Amuk ye yeh! Pun boleh juara. Jangan terpukau je nanti aksi dia.


Apatah lagi Aliff Aziz dapat mencairkan hati para peminat dengan sayang-sayang dia, belum lagi Aweera ajak bercinta ‘andaiku bercinta lagi’ sama juga Dato Fazley asmara ini yang hanyut dalam cinta. 


Apapun semoga mereka memberi aksi yang memukau dan terbaik kali ini.


Jumpa di sana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s